Assalamualaikum
Petang tadi lebih kurang 4 atau 4.30.. heboh tentang Puting Beling yang jadi kat Pendang, Kedah.Banyak juga buah rumah dan sekolah rendah di Kampung Alor Besar rosak.
Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda puting beliung - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1761#sthash.dKgiRzXS.dpuf
Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda puting beliung - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1761#sthash.dKgiRzXS.dpuf
Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda puting beliung - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1761#sthash.dKgiRzXS.dpuf
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Ni gambar yang saya share dari laman web.
- Mummy Ira -
Bila Muhammad Hazim Zikry Nyanyi Lagu "Let It Go" Frozen
10/13/2014 11:25:00 PTG
Assalamualaikum
Let it go..Let it go..kadang2 saya naik pening dok dengar lagu ni berulang kali..pening2 pun boleh layan jugak..tapi nak buat camna dah anak2 suka..layan je la..tapi yang bestnya, mana mana budak suka lagu ni..mesti nak nyanyi sekali skali action dia..termasuk anak saya yang kembar..Hazim yang lebih lebihnya..Hadif malu malu kucing..ni yg sempat saya record..klau tak tak penah dapat..
Tak paham dia nyanyi..buat buat paham je laaa
- Mommy Ira -
Assalamualaikum
Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali." (Surah al-Baqarah, ayat 126)
Antara watak Nabi Ibrahim yang sentiasa dipaparkan dalam al-Quran ialah Baginda banyak berdoa kepada Allah SWT. Sebenarnya doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Tuhannya untuk memohon perlindungan dan pertolongan-Nya.
Doa ekspresi ketidakmampuan
Doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran makhluk kepada Allah SWT serta ikrar tidak ada kekuatan serta daya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Ia simbol daripada perhambaan serta berasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah SWT.
Allah SWT dalam ayat ini menggambarkan suasana awal Nabi Ibrahim bersama keluarganya, keadaan Makkah ketika itu bumi yang tandus, kering dan tidak berpenghuni. Dalam suasana sebegitu, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan bumi Makkah satu bumi yang aman damai.
Pada masa sama, Makkah sebagai negeri yang mewah dengan limpahan rezeki daripada pelbagai jenis.
Begitulah keyakinan Nabi Ibrahim terhadap Allah SWT dan kekentalan iman yang luar biasa, Baginda memohon serta berdoa sesuatu yang agak mustahil pada pandangan manusia biasa.
Sheikh Al-Maraghi menyebut dalam tafsirnya, Nabi Ibrahim memohon kepada Allah SWT supaya Baitullah menjadi tempat aman daripada gangguan penguasa yang zalim dan bencana ditimpakan oleh Allah SWT ke atas negeri lain seperti gempa bumi, banjir, disebabkan kemurkaan Allah SWT.
Berkat doa Nabi Ibrahim, penghuni Makkah juga disediakan rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan sama ada dengan cara menanamnya berhampiran dengan Baitullah atau mendatangkannya dari daerah di sekitarnya.
Apabila Nabi Ibrahim berdoa supaya hanya orang yang beriman sahaja boleh menikmati limpahan rezeki itu, maka Allah SWT dengan tegas menyatakan semua makhluk akan menerima rezeki tanpa mengira sama ada mereka beriman atau tidak.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun)." (Surah al-Isra', ayat 20)
Kesenangan kepada yang kufur bersifat sementara
Ini disebabkan kesenangan diberikan kepada yang kufur dan sombong itu hanya berbentuk sementara dan terbatas dengan usia yang pendek. Akhirnya mereka akan kembali ke neraka iaitu seburuk-buruk tempat kembali.
Mereka akan diseret ke neraka walaupun daripada keturunan Nabi Ibrahim, dahulunya kaya raya dan pernah memiliki kedudukan serta pengaruh waktu berada di dunia.
Allah SWT tidak menjadikan persoalan rezeki dan kurniaan kesenangan kehidupan satu bentuk motivasi untuk manusia beriman kerana nikmat iman adalah satu anugerah cukup besar yang diberikan kepada hamba-Nya.
Al-Quran menggambarkan kecelaruan fikiran orang yang kufur kepada Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!" (Surah al-Fajr, ayat 16)
Sebenarnya Allah SWT melapangkan atau menyempitkan rezeki kepada siapa dikehendaki-Nya. Justeru, apabila seseorang itu dimurahkan rezeki bukan bermakna Allah SWT cinta kepadanya atau dekatnya dia kepada-Nya.
Begitu juga apabila seseorang itu disempitkan rezeki, bukan kerana Allah SWT benci kepadanya. Ramai menyangka rezeki itu hanya harta benda, wang ringgit dan kemewahan hidup. Hakikatnya, rezeki memberi maksud setiap apa yang dapat dimanfaatkan manusia daripada kurniaan Allah SWT.
Setiap manusia diberi pemberian yang berbeza oleh Allah SWT, sama ada dari sudut kemahiran, kepandaian, ilmu, bakat dan sebagainya. Ramai yang tidak memahami hikmah Allah SWT mengenai perbezaan rezeki yang diberi kepada hamba-Nya menyebabkan mereka senang lupa kepada Allah SWT.
Penulis ialah perunding motivasi Islam Fitrah Power Resource- Berita Harian
Assalamualaikum
Kami pi pagi pasai orang tak ramai..klu petang ramai jugak la..ada 2 pool..1 untuk kanak kanak..lagi 1 untuk dewasa..tapi pi pun tak lama psai Hadif buat perangai tak mau mandi pulak..yang betuinya dia takut mandi pool ni..nak ambek pic pun tak sempat..ambek yang mana dan ja..
kedai sukan
tempat menunggu dalam..yang luar tepi swiming pool
yang kat belakang macam rumah kecik tu..tempat mandi
dan salin baju
Abang Haziq happy abes dapat swim
Hazim tunjuk skill guna pelampung
Hadif mandi sat..naik dok atas..yang betuinya dia takut..
ok la tempat ni..best la jugak..tak payah susah pegi mandi jauh..sesuai untuk seisi keluarga..
- Mommy Ira -
Assalamualaikum
Actually saya n husband bawak kembar pi Taman Rimba ni bulan lepas..tapi tak sempat nak update, asyik tertangguh ja..update la hari ni..
Tak tau nak bawak kembar pi mana..last ke Taman Rimba ja coz ada playground..tapi main tak lama sangat pun..hujan turun..main sat pun jadilah..janji kembar Hazim dan Hadif happy n puas hati..
Orang pun tak ramai..pi dalam pukul 4 ptg..klau nak ramai dalam pukul 6 tak pun hujung minggu..kat sini ada playground..nak jogging pun boleh..nak rehat2 pun boleh..
ada jual makanan ringan
Muhammad Hadif ZafryMuhammad Hazim Zikry
main sampai letih..atas kereta pun dah lali
sampai ja rumah..terus tidur..
- Mommy Ira -
Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya dengan hasil kajian di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. - Foto Fathil Asri
UMUM tahu penyakit tekanan darah tinggi adalah satu daripada punca kematian paling biasa di seluruh dunia. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, obesiti, kehidupan sendentari termasuk kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan, alkohol dan banyak lagi, turut menyumbang kepada penyakit yang juga dianggap sebagai pembunuh dalam senyap itu.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Institut Hati, Paru-paru dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi, sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi.
Pembunuh senyap
Kajian juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak memberikan sebarang amaran atau simpton. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari kehadirannya.
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang kali pertama dijalankan di Malaysia pada tahun 1996, mendapati 32.4 peratus atau dianggarkan 2.6 juta warga dewasa Malaysia berusia 30 tahun dan ke atas turut menghidap tekanan darah tinggi.
10 tahun selepas itu, kajian sama dilakukan, kelaziman penyakit tekanan darah tinggi dalam kalangan usia yang serupa dengan kaedah sama digunakan turut meningkat kepada 40.5 peratus.
Kadar peningkatan penyakit tekanan darah tinggi turut direkod dengan kajian kumpulan kecil dijalankan di Malaysia.
Namun, kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara.
Pengambilan ulam daun serai kayu
Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.
Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.
Jika di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, manakala istilah sainsnya pula Syzygium polyanthum.
Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.
Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).
Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.
Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.
Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.
"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.
"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.
"Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka," katanya kepada BH, baru-baru ini.
Serbuk daun serai kayu. - Foto Fathil Asri
Belum ada kajian
Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan.
Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu.
"Kita menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan.
"Hasilnya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal," katanya.
Terbukti bantu turunkan darah tinggi
Menerusi kaedah kedua, katanya, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi.
Lebih menakjubkan, ia tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal.
"Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, kita dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah," katanya.
Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah.
"Kita juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan," katanya.
Ketika ini, pihaknya bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi.
"Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi," katanya. - Berita Harian