Assalamualaikum
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan datang. Dan sering kali, Ramadan adalah waktu untuk berjimat kerana di kala siang hari tidak perlu mengeluarkan belanja makan dan minum. Terutamanya pada hari biasa, kita sering makan di luar ketika kerja dan bukan membawa bekal dari rumah, kos belanja makan boleh bertambah mendadak.
Katakan belanja makan minum sehari ketika kerja ialah RM10. Sebulan bekerja, jumlahnya mencecah RM200. Jumlah penjimatan ini pula boleh menjadi bayaran ke atas baki kad kredit, memberi sedekah sempena bulan mulia, simpanan untuk kecemasan dan lain-lain.
Sememangnya agak jelas kita boleh berjimat ketika Ramadan, tetapi, ada kalanya juga kita tertewas dengan perangkap kewangan yang membuatkan kita berbelanja lebih pula ketika Ramadan sekiranya...
Berbelanja berlebihan ketika buka puasa
Pastinya antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ketika Ramadan adalah berkunjung ke pasar Ramadan setiap petang selepas pulang dari kerja.
Inilah waktu paling mengujakan apabila melihat pelbagai hidangan, kuih-muih dan lauk-pauk. Boleh dikatakan pada ketika ini semua jenis lauk pauk yang kita tidak pernah lihat ada dijual - daripada masakan utara, selatan, timur dan barat, sebut saja semua ada.
Dengan perut yang kosong, waktu ini jugalah terasa hendak membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Seumpama semuanya terasa teringin. Belum masuk air minuman yang pelbagai warna dan rasa lagi.
Sekiranya di luar bulan puasa, waktu makan malam kita belanjakan RM10, jangan pula pada Ramadan ini kita menghabiskan RM20 untuk membeli juadah berbuka. Membazir namanya tu. Di mana kita boleh berjimat RM10 setiap hari sebab menahan makan dan minum, bila waktu berbuka, melepas pula peluang berjimat di situ.
Berbelanja lebihan ketika membeli-belah
Musim perayaan, pastinya tidak lari dengan pelbagai tawaran jualan istimewa dan diskaun di pusat beli-belah. Waktu ini juga emosi membeli meningkat ditambahkan pula lagu raya yang berdendang di pasar raya menambahkan lagi mood untuk membeli pelbagai barangan.
Adakalanya barang yang tidak diperlukan juga terbeli. Mungkin kerana tertarik dengan harga istimewa yang ditawarkan ataupun kerana kerana melihat orang ramai beratur membeli benda itu, kita pun fikir bahawa kita juga memerlukannya. Awas! Emosi membeli adalah agak tinggi ketika musim perayaan. Sekiranya tidak dikawal, belum sampai hari raya, bajet persediaan raya pun habis.
Berbelanja lebihan ketika penyediaan raya
Menjelang Syawal, pastinya pelbagai belanja perlu dikeluarkan. Belanja untuk mencantikkan rumah menyambut tetamu, belanja pakaian baru keluarga beberapa pasang seorang, tak lupa juga belanja untuk balik ke kampung dan banyak lagi.
Mungkin terdapat beberapa perbelanjaan yang sememangnya tidak dapat dielakkan dalam penyediaan menyambut Syawal. Namun perlu ingat bahawa supaya tidak berlebihan sehingga membazir dan hanya menyusahkan diri sendiri saja terutama untuk menghadapi bulan yang akan datang.
Tidak guna berhutang kad kredit untuk penyediaan hari raya. Jawabnya akan berbulan-bulan pula akan cuba membayar hutang. Semuanya gara-gara hendak memuaskan hati sendiri dan mungkin juga orang lain ketika raya.
Musim perayaan pelbagai pula perbelanjaan. Harapan hendak berjimat cermat ketika Ramadan, sekiranya tersilap langkah, lebih banyak pula perbelanjaan dan hutang sepanjang bulan puasa. Beringat-ingat setiap kali membelanjakan wang ketika puasa. Beringat-ingat juga supaya tidak membazirkan wang. Semoga segala amalan kita lebih diberkati di bulan mulia ini. Selamat berpuasa dari saya!
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di fb.irfankhairi.com. Tanyakan soalan anda di sana!
Soalan pembaca:
Salam Irfan Khairi, bagaimana hendak memastikan pelaburan yang kita jalankan adalah menurut syariah dan sentiasa diberkati? Ini kerana ada pelbagai peluang pelaburan di luar sana yang mempunyai elemen riba. Betulkah pelaburan yang mengikut syariah untungnya sedikit? Terima kasih.
Wan Ghazi, Serdang
Sememangnya benar terdapat pelbagai peluang pelaburan yang disediakan oleh institusi kewangan. Namun, boleh dikatakan banyak yang disediakan tidak mematuhi syariah. Dalam waktu yang sama juga, hari ini, terdapat pelbagai pilihan pelaburan yang mematuhi syariah.
Kebanyakan institusi kewangan hari ini mempunyai pelbagai pilihan pelaburan patuh syariah. Tugas anda adalah untuk melawat institusi kewangan ini dan dapatkan maklumat melalui risalah mereka berikan. Penyelidikan secara atas talian juga boleh dilakukan untuk mencari jenis pelaburan patuh syariah oleh institusi kewangan kini.
Desas-desus mengenai pelaburan mengikut syariah untungnya sedikit, saya tidak setuju. Sebagai pelaburan, pastinya ada turun naiknya. Ada juga kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, isu untung sedikit tidak harus dipersoalkan oleh kerana untung yang disebutkan adalah dari segi wang. Tiada gunanya sekiranya untung banyak pun tetapi wang tidak diberkati bukan?
Apa kata sempena bulan mulia ini, sekiranya belum, fikirkan dan ambil langkah untuk meneliti semula simpanan, pelaburan, pinjaman yang dilakukan supaya lebih diberkati dan patuh syariah.
Oleh Irfan Khairi
-------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Assalamualaikum..
Cepat masa berlalu. Tup2 besok dah nak raya. Macam tahun2 segala persiapan dah pun siap. Utuk family pun lebih kepada anak2..baju kasut smua dah ready..
Selalunya yang paling kelam kabut persiapan menu untk raya. Kuih tu ada la sejenis 2..lebih kepada sediakan ketupat, nasi impit, serunding, gulai daging dan sebagainya. Buat pun ala kadar ja..Semua buat sendiri. My mom kata x best klau org yang buat cuma kuih ja yang beli..

untuk tetamu yang mai beraya
karas
segala jenis kue yang ada
home made ketupat pulut
nak buat ketupat pulut
ketupat n nasi impit rebus ja semua..
Semua dah ready, just tunggu besok ja la nak makan semua ni. Tak sabar pulak nak Raya..semoga korang semua pun dah ready dengan semua persiapan raya k..Jumpa lagi..
SELAMAT HARI RAYA dan Wassalam..
- Mummy Ira -
Ramai mengambil peluang mengehadkan aktiviti bersenam sepanjang Ramadan kerana dikhuatiri membahayakan kesihatan. Namun sebenarnya bersenam ketika berpuasa mampu memaksimumkan pembakaran kalori kerana secara semula jadi karbohidrat akan berkurangan dan secara tidak langsung kalori lemak akan digunakan sebagai tenaga.
Selain berjoging perlahan atau melakukan senaman kardio di gimnasium, seharusnya individu mengenali keupayaan diri terlebih dulu. Ini kerana setiap orang memiliki tahap berbeza bergantung pada ketahanan badan.
Ada yang mampu bersenam dalam tempoh lama, ada juga langsung tidak boleh melakukan siri pergerakan walaupun ringkas dan mudah.
Satu perkara biasa mereka yang bersenam berasa pening atau ingin pitam. Jika ini berlaku seharusnya anda berhenti bersenam serta-merta dan berehat sepenuhnya.
Menurut jurulatih kecergasan Fitness Studio Setia Avenue Rezza Azim Zahari, mereka yang ingin bersenam ketika berpuasa harus-lah memilih senaman ringan yang tidak banyak mengeluarkan peluh.
Namun begitu jika masih mahu melakukan senaman kardio, pastikan anda berbuka dengan kurma atau segelas air kemudian selepas bersenam anda boleh menyambung kembali dengan mengambil makanan berat.
"Ini bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi yang teruk disebabkan pengeluaran peluh. Apa yang boleh dilakukan adalah berbuka dengan tiga biji kurma dan segelas air diikuti senaman ringan," katanya.
Rezza menjelaskan, bagi yang tidak mahu melakukan senaman kardio mereka boleh bersenam menggunakan bola senaman sama ada di rumah atau gimnasium. Mereka boleh melakukannya selama 15 minit sebelum waktu berbuka atau 30 minit selepas waktu berbuka.
Namun begitu sama seperti hari biasa, senaman harus dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dalam masa dua hingga tiga minit. Ini bagi mengelakkan kecederaan dan amat penting untuk setiap senaman.
"Anda boleh melakukan tekan tubi menggunakan bola senaman. Lakukan posisi tekan tubi tapi letakkan bola senaman pada bahagian lutut dan stabilkan badan anda. Buat tekan tubi sebanyak 15 hingga 20 kali dalam satu set saja.
"Seterusnya, anda boleh melakukan senaman side squat menggunakan bola senaman. Caranya, berdiri sambil memegang bola senaman di hadapan badan. Kemudian perlahan-lahan cangkung sedikit dan tahan posisi ini selama beberapa saat," katanya.
Senaman menggunakan bola bagus untuk kesihatan dan dapat menyingkirkan lemak pada bahagian tertentu. Antaranya paha, perut, kaki dan mengurangkan masalah sakit belakang. Ia tidak tertumpu kepada kardiovaskular sebaliknya memberi tumpuan kepada otot badan.
"Misalnya mereka yang ingin mengempiskan perut harus melakukannya secara konsisten. Caranya dengan meletakkan bola di lantai manakala kaki di atas bola. Letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada. Lakukan selama dua minit," ujarnya.
Selain bersenam, individu digalakkan mengambil makanan sihat ketika berbuka dan bersahur dengan memastikan semua keperluan dalam gizi makanan seimbang.
Pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana ia akan membuatkan anda letih dan tidak dapat bersenam selepas berbuka puasa.
"Paling penting minum banyak air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih sehari bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi," katanya.
Majalah Metro

1.Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
2.Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
3.Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
4.Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
5.Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
6.Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
7.Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
8.Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
9.Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
10.Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
11.Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
12.Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.
13.Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
14.Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
15.Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
16.Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
17.Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
18.Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
19.Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
20.Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :
Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration