Ramadan Masa Untuk Berjimat Sekiranya...

By Zahirah Dzahir - 7/28/2014 05:08:00 PTG

Assalamualaikum

Beberapa hari saja lagi Ramadan akan datang. Dan sering kali, Ramadan adalah waktu untuk berjimat kerana di kala siang hari tidak perlu mengeluarkan belanja makan dan minum. Terutamanya pada hari biasa, kita sering makan di luar ketika kerja dan bukan membawa bekal dari rumah, kos belanja makan boleh bertambah mendadak.

Katakan belanja makan minum sehari ketika kerja ialah RM10. Sebulan bekerja, jumlahnya mencecah RM200. Jumlah penjimatan ini pula boleh menjadi bayaran ke atas baki kad kredit, memberi sedekah sempena bulan mulia, simpanan untuk kecemasan dan lain-lain.

Sememangnya agak jelas kita boleh berjimat ketika Ramadan, tetapi, ada kalanya juga kita tertewas dengan perangkap kewangan yang membuatkan kita berbelanja lebih pula ketika Ramadan sekiranya...



Berbelanja berlebihan ketika buka puasa

Pastinya antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ketika Ramadan adalah berkunjung ke pasar Ramadan setiap petang selepas pulang dari kerja.

Inilah waktu paling mengujakan apabila melihat pelbagai hidangan, kuih-muih dan lauk-pauk. Boleh dikatakan pada ketika ini semua jenis lauk pauk yang kita tidak pernah lihat ada dijual - daripada masakan utara, selatan, timur dan barat, sebut saja semua ada.

Dengan perut yang kosong, waktu ini jugalah terasa hendak membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Seumpama semuanya terasa teringin. Belum masuk air minuman yang pelbagai warna dan rasa lagi.

Sekiranya di luar bulan puasa, waktu makan malam kita belanjakan RM10, jangan pula pada Ramadan ini kita menghabiskan RM20 untuk membeli juadah berbuka. Membazir namanya tu. Di mana kita boleh berjimat RM10 setiap hari sebab menahan makan dan minum, bila waktu berbuka, melepas pula peluang berjimat di situ.

Berbelanja lebihan ketika membeli-belah
Musim perayaan, pastinya tidak lari dengan pelbagai tawaran jualan istimewa dan diskaun di pusat beli-belah. Waktu ini juga emosi membeli meningkat ditambahkan pula lagu raya yang berdendang di pasar raya menambahkan lagi mood untuk membeli pelbagai barangan.

Adakalanya barang yang tidak diperlukan juga terbeli. Mungkin kerana tertarik dengan harga istimewa yang ditawarkan ataupun kerana kerana melihat orang ramai beratur membeli benda itu, kita pun fikir bahawa kita juga memerlukannya. Awas! Emosi membeli adalah agak tinggi ketika musim perayaan. Sekiranya tidak dikawal, belum sampai hari raya, bajet persediaan raya pun habis.

Berbelanja lebihan ketika penyediaan raya

Menjelang Syawal, pastinya pelbagai belanja perlu dikeluarkan. Belanja untuk mencantikkan rumah menyambut tetamu, belanja pakaian baru keluarga beberapa pasang seorang, tak lupa juga belanja untuk balik ke kampung dan banyak lagi.

Mungkin terdapat beberapa perbelanjaan yang sememangnya tidak dapat dielakkan dalam penyediaan menyambut Syawal. Namun perlu ingat bahawa supaya tidak berlebihan sehingga membazir dan hanya menyusahkan diri sendiri saja terutama untuk menghadapi bulan yang akan datang.

Tidak guna berhutang kad kredit untuk penyediaan hari raya. Jawabnya akan berbulan-bulan pula akan cuba membayar hutang. Semuanya gara-gara hendak memuaskan hati sendiri dan mungkin juga orang lain ketika raya.

Musim perayaan pelbagai pula perbelanjaan. Harapan hendak berjimat cermat ketika Ramadan, sekiranya tersilap langkah, lebih banyak pula perbelanjaan dan hutang sepanjang bulan puasa. Beringat-ingat setiap kali membelanjakan wang ketika puasa. Beringat-ingat juga supaya tidak membazirkan wang. Semoga segala amalan kita lebih diberkati di bulan mulia ini. Selamat berpuasa dari saya!

Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di fb.irfankhairi.com. Tanyakan soalan anda di sana!

Soalan pembaca:

Salam Irfan Khairi, bagaimana hendak memastikan pelaburan yang kita jalankan adalah menurut syariah dan sentiasa diberkati? Ini kerana ada pelbagai peluang pelaburan di luar sana yang mempunyai elemen riba. Betulkah pelaburan yang mengikut syariah untungnya sedikit? Terima kasih.
Wan Ghazi, Serdang


Sememangnya benar terdapat pelbagai peluang pelaburan yang disediakan oleh institusi kewangan. Namun, boleh dikatakan banyak yang disediakan tidak mematuhi syariah. Dalam waktu yang sama juga, hari ini, terdapat pelbagai pilihan pelaburan yang mematuhi syariah.

Kebanyakan institusi kewangan hari ini mempunyai pelbagai pilihan pelaburan patuh syariah. Tugas anda adalah untuk melawat institusi kewangan ini dan dapatkan maklumat melalui risalah mereka berikan. Penyelidikan secara atas talian juga boleh dilakukan untuk mencari jenis pelaburan patuh syariah oleh institusi kewangan kini.

Desas-desus mengenai pelaburan mengikut syariah untungnya sedikit, saya tidak setuju. Sebagai pelaburan, pastinya ada turun naiknya. Ada juga kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, isu untung sedikit tidak harus dipersoalkan oleh kerana untung yang disebutkan adalah dari segi wang. Tiada gunanya sekiranya untung banyak pun tetapi wang tidak diberkati bukan?

Apa kata sempena bulan mulia ini, sekiranya belum, fikirkan dan ambil langkah untuk meneliti semula simpanan, pelaburan, pinjaman yang dilakukan supaya lebih diberkati dan patuh syariah.


Oleh Irfan Khairi
-------------------------------------------------------
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!