Seringkali kita dengar kalau ambil atau makan ubat jangan ambil/minum
sekali dengan susu atau minuman berkafein seperti teh mahupun kopi.
http://www.sumarz.com/
bukan sahaja susu atau minuman berkafein sahaja yang boleh memberi kesan
pada keberkesanan ubat yang kita ambil, tapi ada beberapa
makanan/minuman lain juga seperti
- Susu atau produk tenusu lainnya
- Kopi
- Teh
- Jus oren
- Cokes dan minuman bergas yang berkafein
- Alkohol
- Sayuran hijau dan makanan/sayuran/buahan yang mengandungi vitamin K
- Ginseng
- Coklat
Ada sesetengah makanan/minuman jika dimakan/diminum sekali dengan ubat boleh menyebabkan :
- Mengurangkan atau menaikkan keberkesanan sesuatu ubat
- Menyebabkan kesan sampingan
- Menghalang ubat dari berfungsi atau memberi kesan yang sepatutnya
Bagaimana pula dengan pengambilan ubat sewaktu perut kosong atau selepas makan, adakah ada perbezaan ?
Untuk makluman ada sesetengah ubat elok diambil sewaktu perut kosong.
Manakala ada sesetengah ubat pula elok diambil sewaktu perut
kenyang/penuh. Sebab itu amat penting untuk kita melihat info yang
tertera pada label bungkusan/botol ubat samaada ubat tersebut perlu
diambil sebelum makan atau selepas makan. Samaada perlu diambil sejam
selepas/sebelum makan. Jika tiada dinyatakan pada label makanan, sila la
dapatkan nasihat/pandangan dari doktor atau pun ahli farmasi.
http://www.sumarz.com/