Assalamualaikum
APAKAH CAROTENOID
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.
FUNGSI DAN KEBAIKAN CAROTENOID
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh
FUNGSI LAIN CAROTENOID
- Mencegah kanser
- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya
TANDA2 KEKURANGAN
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.
CarotoMax dengan formula yang diperbaharui ini mengandungi 6
jenis karotena yang diekstrak daripada rangkaian sayuran dan
buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti rumpai laut, tomato
bukan GMO, biji anggur (grape seeds) brokoli, marigold, epal, kentang,
minyak sawit dll.
6 JENIS CAROTENOID TERSEBUT ADALAH:
Alpha Carotene & Beta Carotene - Untuk
penglihatan malam, mata sihat, memperbaiki kulit dan mempercepat
pemulihan luka, mempertingkat sistem imun, mengurangkan risiko kanser
usus, payudara dan prostat.
Lycopene - Bersifat antioksidan, menghalang
penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kesihatan jantung dan sistem
imun, serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kelenjar prostat.
Astaxanthin - Untuk melindungi kerosakan akibat proses pengoksidaan kolesterol LDL.
Lutein - Untuk menyekat katarak, glaukoma dan penyakit makular berkaitan umur.
Zeaxanthin - Untuk melindungi mata, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.
PERBEZAAN VITAMIN A DGN CAROTOMAX SHAKLEE
Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan.
Perlu diingatkan, Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan.
Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika
diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam
organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan
Assalamualaikum..
Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.
Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.
Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!
Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,
“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19
Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis peradilan sekalipun.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”
Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, “Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”
Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mereka.
Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:
“Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau berkata, “Kemari. Maka saya mendekati beliau dan duduk di depan beliau.”
Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka.
Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-detik hayat beliau.
Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, “Ketika kaum muslimin berada dalam solat subuh, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian beliau tersenyum kepada mereka!”
Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, isteri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya!
Menyentuh Hati
Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman.
Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.
Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan. Rasulullah saw. bersabda,
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik beliau secara terus ini, namun anda masih banyak melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.
Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan muka masam- mengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi muhammad saw.!
Ya, kadang anda melepasi jam-jam anda dengan dirundung duka, atau disibukkan beragam pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, marah dan menahan senyuman yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak terjadi. Wal iyadzubillah.
Pengaruh Senyum
Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah bahagian dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah.
Para pakar dari kalangan muslim mahup un non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.
Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, “Bagaimana Anda Mendapatkan Teman dan Mempengaruhi Manusia” menceritakan:
“Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman semulajadi, senyum tulus adalah sebaik-baik media memperolehi teman dan kerja sama dengan pihak lain. Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian yang dihadiahkan seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni.”
Ia meneruskan, “Saya minta setiap mahasiswa saya untuk tersenyum kepada orang tertentu sekali setiap bandarnya. Salah seorang mahasiswa datang bertemu dengan peniaga, ia berkata kepadanya, “Saya pilih tersenyum kepada isteriku, ia tidak tahu sama sekali perihal ini.
Hasilnya adalah saya menemui kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang.
Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera melaksanakan khidmat -pelayanan- kepada saya. Kerana itu saya merasakan hidup lebih ceria dan lebih mudah.”
Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambahkan, “Ingatlah, bahawa senyum tidak memerlukan kos sedikitpun, malah membawa kesan yang luar biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan menambah kaya bagi orang yang mendapatkannya. Senyum juga tidak memerlukan waktu yang berlarutan, namun membekas kekal dalam ingatan sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak memilikinya, dan tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya.”
Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan penyedaran petunjuk Nabi yang mulia ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah -pendekatan diri kepada Allah swt.- lewat senyuman, dimulai dari diri kita, rumah kita, bersama isteri-isteri kita, anak-anak kita, teman sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedikit pun! Bahkan kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyuman, menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan marah dalam kehidupan.
Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan efektif dari senyuman, iaitu senyuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan orang yang keliru, dan menjadi muqaddimah ketika mengingkari yang munkar.
Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi siapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Allahu a’lam.
Setiap bulan pasti ada satu-satu waktu yang membuatkan wanita cepat letih, nampak lesu, pening kepala yang melampau atau menjadi cepat marah dan terlalu sensitif. Itulah waktunya wanita mengalami Premenstrual Syndrome (PMS). Walaupun tidak tahan dengan keadaan ini, selagi kitaran haid masih berjalan, PMS harus anda tempuh. Tetapi ada cara untuk mengurangkan PMS yang melanda.
Kurangkan Pengambilan Kafein
Sememangnya sukar untuk anda meninggalkan kopi pada waktu pagi tetapi sekiranya anda tidak tahan dengan keadaan yang anda alami ketika PMS, kurangkanlah pengambilan kopi, teh atau air yang berkarbonat. Pilihlah minuman yang tidak mengandungi kafein supaya gejala PMS bulanan dapat dikurangkan.
Teh Chamomile
Selain daripada teh hijau, teh chamomile juga banyak kebaikannya. Ia mempunyai khasiat yang boleh melegakan kekejangan otot sekali gus dapat mengurangkan senggugut. Pada masa yang sama, chamomile dapat mengurangkan tekanan dan ini membantu perubahan mood anda ketika PMS. Ambillah teh chamomile sekiranya tarikh datang bulan sudah menghampiri.
Good-mood Advice
Ikut sahaja nasihat yang diberi oleh pakar untuk mendapatkan mood yang baik seperti bersenam dan makan dengan betul dengan mendapatkan protein dan karbohidrat yang cukup penting untuk mengatasi masalah perubahan mood ketika PMS. Apa yang anda makan memang akan mempengaruhi mood anda. Elakkan makanan yang masin dan kurangkan garam di dalam lauk yang dimasak kerana ini akan menyebabkan perut kembung dan water retention ketika PMS.
Tidur Dengan Sempurna
Pertukaran hormon membuatkan wanita sukar untuk tidur dan ini akan menjadikan mood mereka semakin teruk. Untuk itu sangat penting untuk wanita mendapatkan tidur selama 7 sehingga 9 jam setiap malam untuk mengimbangi mood mereka. Sekiranya gagal untuk tidur selama 7 jam, ambil sedikit masa untuk lelap sebentar di waktu siang walaupun hanya selama 10 minit.
Makanan Tambahan
Sekiranya sukar untuk anda mempraktikkan cadangan di atas, apa kata cuba berbincang dengan ahli farmasi untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk anda supaya gejala PMS ini dapat dikurangkan. Banyak vitamin khas untuk wanita terjual bertujuan untuk membantu mereka mengatasi gejala PMS yang melampau.