hai semua..ada sihat..harap tu sihat la no..malam ni letih sangat..almaklumlah 1 hari kat luaq..buat apa?? meh saya ada 2 story yg nak kongsikan ngan korang..
yg 1.
today 16/11...and today jugak MY BIRTHDAY...yuhuuu...ishh cepat sungguh masa berlalu..dah pun masuk tengah 30 series..hubby bawak celebrate kat luar ja..buat kat mana..yg tu story yg ke 2 satgi saya crita..apa pun saya harap for my birthday..moga saya n family dimurahkan rezeki, panjang umo, hidup n kesihatan yang baik..n bahagia selamanya bersama keluarga terchenta..amin..
ok yg ke 2
memandangkan husband saya ahli kelab kereta ALZA..so saya dapat follow konvoi ALZA ke Penang..semua ahli kelab ALZA pakat mai berkumpul di Stadium Batu Kawan Penang..mmg ramai yg datang dari utara, timur,selatan..cadangnya nak konvoi ALZA yg terpanjang atas Jambatan Pulau Pinang..
Acara mula awai pagi..kluar dari rumah jam 6.30 pgi dalam pukul 4terus gerak ke Sungai 2..pi kenduru kawen..smpi rumah pun dah pun malam..mmg letih sangt..
Kira ni la prezen saya tuk hari ni..walaupun letih tpi happy coz dapat berkumpul sekeluarga..
Resepi dari kawan saya Syafinaz Anwar
BUN KENTANG....(Resepi Mat Gebu)
Bahan Doh :
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard:
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
CREAM CUSTARD Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
UNTUK ROTI KENTANG Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

- mummy ira -
Resepi dari member saya Syafinaz Anwar yang dok di Dubai..
Kek puding karamel......
Bahan-Bahan A:
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk
(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara Membuatnya:
1. Kacau semua bhn ( perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...( kacau ngan garpu) 2. Masukkan ( td dlm loyang gula hangus tadi. (sebelum masukkan tapis dulu bahan 3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh... 5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kankek yg dibakar tadi... 10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
Scoop 3 tbspoon for each colour n buh kat tgh loyang, ulang n keep going...No need tilt d pan coz d batter will spread by itself.....
dis is part of d fun....melorek kek....
Bayi mula menerima rangsangan semenjak daripada alam janin lagi. Jadi, jangan anggap bayi yang berusia 0- 4 bulan hanya boleh minum susu dan tidur sahaja. Di usia seawal ini bayi sudah boleh bermain untuk merangsang perkembangan motor halusnya. Berikut adalah jenis permainan sesuai untuk si manja berusia 0 hingga 1 tahun.
Jenis Permainan : “Mari menari!”
Usia : 0 dan seterusnya
Kelebihan :
• Menggembirakan bayi
• Membantu menenangkan dan memberi rasa aman (salah satu kaedah merangsang kecerdasan bayi)
• Merangsang kepekaan deria pendengar bayi
• Melihat serta merasa pergerakan
• Meningkatkan daya keseimbangan bayi
• Mengasah kepekaan untuk mengenal dan mengikut rentak
• Meningkatkan perkembangan sosial dan emosional bayi
Jenis Permainan : Menggantung permainan dan biarkannya bergerak
Usia: 0 hingga 8 bulan
Kelebihan:
• Merangsang deria penglihatan bayi
• Melatih penglihatan bayi untuk fokus
• Merangsang kemampuan kognitif
• Melatih koordinasi mata dengan tangan, atau mata dengan kaki
Jenis Permainan : Bercermin
Usia: 0 hingga 1 tahun
Kelebihan :
• Belajar untuk fokus pandangan kepada sesuatu objek
• Menunjukkan hubungan sosial
• Memahami diri secara fizikal
Jenis Permainan : ‘Peek-a- boo’
Usia: 0 hingga 4 bulan
Kelebihan :
• Memfokuskan pandangan terhadap objek di sekitarnya
• Mengetahui sebab atau akibat
Jenis Permainan : Mengayuh basikal di udara
Usia: 0 hingga 4 tahun
Kelebihan :
• Meningkatkan kepekaan bayi terhadap bahagian-bahagian tertentu yang terdapat pada tubuhnya
• Membantu membiasakan bayi dengan aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal
pa n ma