Apa Yang Best Dengan Vantage Jumbo Pot | Special Edition with Dato' Sri Siti Nurhaliza Signature Laser Engraving
4/18/2020 11:56:00 PG
Assalamualaikum..
Lama Mommy tak story tentang gajet dapur. Bukan tak dak story tapi Mommy tak brapa dan nak tulisnya, Ok hari ni Mommy nak story sikit pasai 1 periuk besaq ni. Ikutkan beli lama dah..tahun lepas. Brapa kali guna dah. Hangpa mesti tau aih psai dapoq besaq ni. Dia punya duta 'Tok Ti'. masa awai promo tu tak beli pun. Malsa nak kelam kabut. Tunggu reda sikit baru beli.
Tau kan periuk apa. ‘Vantage dari Siti Nurhaliza'. Macam biasa beli online dari Go Shop. Depa buat promosi tak buang masa terus oder. Ikutkan produk vantage ni ada macam-macam lagi. ‘Vantage Siti Jumbo
Pot’, ‘Vantage Siti Magic Pan’ ‘Vantage 3 in 1 Cookware’ dan banyak lagi. Boleh google produk vantge.
Yang oder ni ambik sejenis ja. Periuk besaq Vantage 44cm Jumbo Pot (22Liter). Alang-alang dah oder ada promosi pulak terus oder 2. Tak ingat brapa harga masa beli tu. Rsanya tak sampai rm 300. Nama pun Jumbo makanya periuk tu memang besar. memang sesuai untuk kita masak dengan kuantiti yang masak. Bukan dapat periuk ni ja dapat free serba 1 Silicone handle, 16cm frying pan & soup ladle.
Dah guna pun periuk tu, ada 2 periuk besaq mudah n cepat nak masak. Nak basuh pun tak teru. Tak payah nak tonyoh teruk-teruk. Dah non stick bukan melekat teruk pun.
Silicone handle, 16cm frying pan & soup ladle.
Jumbo Pot memang besar. Masak ayam boleh la masuk dalam 4-5 ekor. Kira mudah la guna periuk ni sebab besar. Tak payah susah hati nak pikiaq bila nak masak banyak-banyak. Susah juga kita nak jumpa Jumbo Pot macam ni. Bila dah jumpa.. rezeki pun ada lebih. Beli ja kalau nak beli. Ikut citarasa masing-masing.
Kalau yang berkenan, boleh la cuba tunggu siaran Go Shop. Tak pun nak beli online pun boleh..goggle ja kat vantage, lazada, shoppe pun still available. Kena banding haraga k. Jangan pakai beli ja. Tengok yang mana murah , teringin boleh la beli..
~~~~~~~~~
Mommy Ira
Kalau yang berkenan, boleh la cuba tunggu siaran Go Shop. Tak pun nak beli online pun boleh..goggle ja kat vantage, lazada, shoppe pun still available. Kena banding haraga k. Jangan pakai beli ja. Tengok yang mana murah , teringin boleh la beli..
~~~~~~~~~
Mommy Ira
Pentingnya Penjagaan Kesihatan, Kesegaran Diri Luar & Dalam
4/17/2020 05:10:00 PTG
Assalamualaikum..
Setiap wanita yang sudah bergelar ibu perlu memastikan penjagaan kesihatan diri mereka luar dan dalam. Ia penting untuk memastikan badan kembali segar dan sihat semula. Selain melakukan urutan dan mandi herba, ibu perlu mengambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat supaya badan kembali kekal segar.
Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.
Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.
Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.
Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.
Memanaskan badan yang rasa sejuk.
Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.
Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.
Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
Jadi..pastikan kita jaga diri kita agar badan kita lebih segar dan sihat.
- Madu
Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.
Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
- Halia
Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.
Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.
- Serai wangi
Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.
Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.
Memanaskan badan yang rasa sejuk.
- Sirih
Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.
Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.
Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
Jadi..pastikan kita jaga diri kita agar badan kita lebih segar dan sihat.
sumber google
~~~~~~~~~~~
- Mommy Ira -
~~~~~~~~~~~
- Mommy Ira -
Pengambilan ' Epidural' Salah Satu Kaedah Untuk Mengurangkan Sakit Bersalin
4/16/2020 11:36:00 PTG
Assalamualaikum..
Kesakitan semasa bersalin jika tidak terkawal akan membawa
beberapa masalah kepada ibu dan juga bayi. Kesakitan semasa dalam proses
bersalin yang tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan pada ibu dan mereka
menjadi lebih stres dan terganggu.
Menurut Dr. Sharifah Halimah, ini akan meningkatkan paras hormon
stres di dalam darah ibu dan menggangu pengecutan rahim secara efisien.

google
Akibatnya, ibu boleh mengalami prolonged labour iaitu
kegagalan untuk pintu rahim terbuka mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Kemudian, ibu menjadi keletihan dan pasrah sehingga tidak mempunyai tenaga
untuk meneran keluar bayi apabila pintu rahim sepenuhnya terbuka. Lebih lama
bayi berada di dalam tulang pelvis, lebih tinggi risiko bayi untuk menjadi
lemas atau tekanan.
Kelebihan epidural
Dr. Sharifah Halimah memberitahu, epidural memberi ibu
pengalaman bersalin yang lebih baik dan tidak menakutkan ibu untuk hamil semula
pada masa akan datang.
“Ibu lebih tenang semasa proses melahirkan dan semasa
meneran bayi. Oleh kerana ibu tidak stres dan panik, ibu boleh mendengar segala
arahan dan galakkan yang diberikan. Otot rahim akan mengecut dengan lebih baik
lagi dan kurang risiko pintu rahim tidak membuka dengan baik seperti yang
dijangkakan,” katanya.
Keburukan epidural
Epidural ialah satu prosedur yang selamat tetapi
kadang-kadang boleh memberi kesan sampingan antaranya:
i) Epidural boleh menyebabkan tekanan darah ibu menjadi
terlalu rendah dan jika tidak dikesan ia akan mengakibatkan bayi lemas dan ibu
harus dibedah segera.
ii) Ibu yang mengambil epidural, tidak dapat bergerak bebas
dan terikat di katil sepanjang proses bersalin dan memerlukan jagaan rapi untuk
memastikan tekanan darah ibu tidak turun mendadak dan memerlukan pantauan bayi
yang berterusan.
iii) Hilang kawalan pundi kencing dan ibu tidak berasa
hendak kencing. Kemudian, meraka dibantu dengan tiub catheter untuk
mengeluarkan air kencing. Pundi kencing yang terlalu penuh akan menganggu
proses bersalin dan boleh tercedera semasa melahirkan bayi.
iv) Jika pintu rahim telah terbuka sepenuhnya, akibat kebas
di bahagian pinggul dan ke bawah, ibu jarang dapat meneran keluar bayi secara
efisien. Ini meningkatkan risiko panjang jangka masa bersalin peringkat akhir
dan memerlukan penggunaan forcep atau vakum untuk membantu menarik keluar bayi.
v) Risiko lain yang jarang berlaku ialah kekoyakan lapisan
dura (dura tear) akibat tusukan jarum epidural dan mengakibatkan cecair spinal
keluar dari ruang epidural dan menyebabkan jangkitan kuman yang boleh
membahayakan otak dan urat saraf. Bocor lapisan dura boleh mengakibatkan ibu
mengalami sakit kepala yang teruk selepas bersalin. Mengikut kajian, anggaran
risiko bocor lapisan dura berlaku lebih kurang satu dalam 100 kes. Biasanya
lapisan dura yang bocor boleh sembuh secara semula jadi dan jarang memerlukan
intervensi yang serius.
vi) Epidural haematoma – Ini ialah satu keadaan yang berlaku
akibat tusukkan jarum epidural pada salur darah secara tidak segaja.
Pengumpulan darah di titik tusukan jarum epidural yang serius boleh menekan
urat saraf dan ia boleh mengakibatkan lumpuh jika tidak dirawat. Ia sangat
jarang berlaku.
vii) Amat jarang berlaku ialah rosak saraf akibat tusukan
jarum secara tak segaja semasa prosedur dijalankan sehingga menyebabkan lumpuh.
Dr. Sharifah Halmiah memberitahu, epidural diberikan di
kawasan tulang belakang yang lebih rendah di paras pinggul. Kebanyakan epidural
diberi semasa pesakit dalam keadaan duduk supaya membuka ruang antara
tulang-tulang belakang dan memudahkan jarum untuk masuk ke ruang epidural.
“Suntikan ubat pelali setempat boleh diberikan untuk
membantu mengurangkan sebarang ketidakselesaan semasa jarum berongga dan tiub
plastik nipis dimasukkan ke dalam ruang epidural. Ubat anestetik kemudian boleh
diberikan melalui tiub terus ke dalam ruang epidural.
“Pesakit mungkin merasai sedikit keperitan semasa ubat
pelali setempat diletak di dalam kulit. Pesakit juga mungkin berasa sedikit
tidak selesa semasa jarum epidural dan tiub berongga dimasukkan. Jika pesakit
berasa sangat sakit atau berasa seperti kejutan elekrik, doktor bius harus
diberitahu supaya ia boleh membetulkan posisi jarum atau tiub berongga
epidural,” katanya.
Jelas beliau, ubat anaestetik yang disuntik masuk secara
infusi oleh pump infusi melalui tiub epidural akan diresap oleh urat saraf di
bahagian bawah paras tiub epidural, menyebabkan halangan deria sakit kebahagian
pinggang dan bawah badan.
Dos ubat epidural ini boleh dikawal supaya lebih tertumpu ke
kawasan pinggul dan pinggang sahaja dan ibu masih boleh menggerakkan kaki
walaupun kadang-kadang terasa berat. Dos ubat epidural juga boleh dikawal
supaya diberi semasa jangka masa bersalin sehingga selesai proses bersalin
sahaja. Selepas tiub epidural dibuang sebaik sahaja selepas bersalin, kesan
kebas dan berat kaki akan hilang dalam beberapa jam kemudian.
Komplikasi
Walaupun ada segelintir pesakit yang mengadu sakit pinggang
selepas mengambil epidural, kajian menunjukkan prosedur epidural tidak
meningkatkan risiko sakit pinggang yang kronik dan sakit belakang tidak berkait
secara langsung dengan epidural. Namun begitu, akibat baring terlalu lama dalam
posisi semasa menggunakan ubat epidural, boleh menyebabkan sakit pinggang yang
sedia ada menjadi lebih serius. Kesan tusukan jarum epidural yang menyebabkan
rasa sakit belakang selepas prosedur epidural hanyalah kesan sementara untuk
beberapa hari dan boleh pulih balik seperti biasa.
Dalam pada itu, Dr. Sharifah Halimah menjelaskan, komplikasi
paraplegia atau lumpuh boleh terjadi akibat kecederaan urat saraf tunjang oleh
jarum epidural atau kesan dari tekanan akibat hematoma atau pengumpulan darah
kebahagian urat saraf yang terbabit tetapi komplikasi ini amat jarang sekali
berlaku dalam sejarah prosedur epidural.
“Ini juga mungkin berkait rapat dengan kemahiran doktor bius
yang membuat prosedur berkenaan dan juga kelainan kepada alignmen tulang
belakang yang menyebabkan kesukaran untuk masuk ke ruang epidural sehingga
menyebabkan kecederaan tak sengaja.
“Kejadian epidural haematoma boleh juga disebabkan oleh
pengambilan ubat-ubat yang mencairkan darah oleh pesakit seperti warfarin,
aspirin, atau herba-herba traditional yang tidak diketahui kandungan bahan
aktifnya. Jika diketahui pesakit ada mengambil ubat berkenaan, doktor bius akan
mencadangkan kaedah anesthesia yang lain,” katanya.
Untuk mengurangkan sakit bersalin, terdapat banyak lagi cara
lain yang boleh diambil oleh para ibu. Namun, ini tidak dapat menghilangkan
sakit bersalin secara keseluruhan tetapi boleh membantu ibu untuk menguasai
keadaan dan emosi selain dapat mengurangkan kesakitan yang terlampau.
Selain epidural, ada ubat ubatan analgesia yang boleh diberi
untuk membantu mengurangkan kesakitan proses bersalin seperti penggunaan ubat
opiod, suntikan pethidine berkala dan penggunaan gas inhalasi nitrous oxide.
Ibu yang tenang semasa proses bersalin selalunya mempunyai
jangka masa bersalin yang lebih pendek dan lebih mudah bersalin berbanding
dengan ibu yang stres.
oleh PROFESOR DR. NIKHAZLINA NIK HUSSAIN
(utusan malaysia )
PROFESOR DR. NIK HAZLINA NIK HUSSAIN
Assalamualaikum..
Kulit kayu manis merupakan satu bahan
yang sangat berharga pada masa dahulu. Herba rempah ini pernah juga
digunakan sebagai mata wang. Ianya juga pernah menjadi penyebab berlakunya peperangan!
Kulit kayu manis ni banyak khasiatnya. Rasa dan bau kulit kayu manis datangnya daripada sebatian minyak dalam kulitnya yang dikenali sebagai cinnamon nal dehdye.
Salah satu kegunnaan herba ini ialah
untuk mencegah bau busuk dan rosak. Orang Mesir purba telah menggunakan
kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia.
Ia boleh didapati dalam bentuk minyak sejat. Minyak tersebut amatlah kuat. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Pengambilan minyak ini tidak digalakkan untuk rawatan kecuali mendapat nasihat pengamal perubatan yang bertauliah.
Selain itu, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan, selsema, batuk, sendawa, loya tekak, cirit-birit, sakit tekak dan juga senggugut.
Herba ini juga dikatakan berguna kepada
mereka yang mengalami rasa panas badan bahagian tubuh tetapi sejuk pada
bahagian kaki. Kulit kayu manis boleh membantu melancarkan peredaran
darah dalam badan terutamanya pada jari-jari dan kaki.
Sifat kulit kayu manis yang karminatif
merupakan satu agen yang mampu untuk membantu memecahkan angin usus dan
secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan loya tekak dan cirit
birit.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan herba ni mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat yang ada dalam badan kita. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh.
Awas! Satu kajian di Jerman
mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab
kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab
untuk jangkitan yis vagina pada wanita!
Walaupun kulit kayu manis ini banyak
khasiatnya, namun pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar
atau mana-mana pengamal perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan yang tak diingini berlaku.
sumber wanista.com
sumber wanista.com