Khasiat Dari Kulit Kayu Manis Yang Perlu Kita Tahu

By Zahirah Dzahir - 4/15/2020 12:27:00 PG

Assalamualaikum..

Jom baca khasiat dari kulit kayu manis yang perlu kita tahu..



Kulit kayu manis merupakan satu bahan yang sangat berharga pada masa dahulu. Herba rempah ini pernah juga digunakan sebagai mata wang. Ianya juga pernah menjadi penyebab berlakunya peperangan!

Kulit kayu manis ni banyak khasiatnya. Rasa dan bau kulit kayu manis datangnya daripada sebatian minyak dalam kulitnya yang dikenali sebagai cinnamon nal dehdye.

Salah satu kegunnaan herba ini ialah untuk mencegah bau busuk dan rosak. Orang Mesir purba telah menggunakan kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia.
Ia boleh didapati dalam bentuk minyak sejat. Minyak tersebut amatlah kuat. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Pengambilan minyak ini tidak digalakkan untuk rawatan kecuali mendapat nasihat pengamal perubatan yang bertauliah.

Selain itu, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan, selsema, batuk, sendawa, loya tekak, cirit-birit, sakit tekak dan juga senggugut.
Herba ini juga dikatakan berguna kepada mereka yang mengalami rasa panas badan bahagian tubuh tetapi sejuk pada bahagian kaki. Kulit kayu manis boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam badan terutamanya pada jari-jari dan kaki.
Sifat kulit kayu manis yang karminatif merupakan satu agen yang mampu untuk membantu memecahkan angin usus dan secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan loya tekak dan cirit birit.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan herba ni mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat yang ada dalam badan kita. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh.
Awas! Satu kajian di Jerman mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab untuk jangkitan yis vagina pada wanita!
Walaupun kulit kayu manis ini banyak khasiatnya, namun pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar atau mana-mana pengamal perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tak diingini berlaku.

sumber wanista.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!