Assalamualaikum..
Kulit kayu manis merupakan satu bahan
yang sangat berharga pada masa dahulu. Herba rempah ini pernah juga
digunakan sebagai mata wang. Ianya juga pernah menjadi penyebab berlakunya peperangan!
Kulit kayu manis ni banyak khasiatnya. Rasa dan bau kulit kayu manis datangnya daripada sebatian minyak dalam kulitnya yang dikenali sebagai cinnamon nal dehdye.
Salah satu kegunnaan herba ini ialah
untuk mencegah bau busuk dan rosak. Orang Mesir purba telah menggunakan
kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia.
Ia boleh didapati dalam bentuk minyak sejat. Minyak tersebut amatlah kuat. Pengambilan berlebihan boleh menekan sistem saraf utama. Pengambilan minyak ini tidak digalakkan untuk rawatan kecuali mendapat nasihat pengamal perubatan yang bertauliah.
Selain itu, kulit kayu manis digunakan sebagai ramuan untuk merawat diabetes, masalah pencernaan, selsema, batuk, sendawa, loya tekak, cirit-birit, sakit tekak dan juga senggugut.
Herba ini juga dikatakan berguna kepada
mereka yang mengalami rasa panas badan bahagian tubuh tetapi sejuk pada
bahagian kaki. Kulit kayu manis boleh membantu melancarkan peredaran
darah dalam badan terutamanya pada jari-jari dan kaki.
Sifat kulit kayu manis yang karminatif
merupakan satu agen yang mampu untuk membantu memecahkan angin usus dan
secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan loya tekak dan cirit
birit.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan herba ni mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat yang ada dalam badan kita. Caranya adalah dengan memakan setengah sudu serbuk kulit kayu manis setiap hari. Serbuk ini juga boleh ditambah sebagai pemanis di dalam minuman kopi atau teh.
Awas! Satu kajian di Jerman
mendapati bahawa kulit kayu manis menyekat sepenuhnya penyebab
kebanyakan jangkitan saluran urinari dan kulat yang bertanggungjawab
untuk jangkitan yis vagina pada wanita!
Walaupun kulit kayu manis ini banyak
khasiatnya, namun pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar
atau mana-mana pengamal perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan yang tak diingini berlaku.
sumber wanista.com
sumber wanista.com