Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian -
Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini
google
Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
sumber facebook
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian ilmu tentang kurma
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
sumber facebook Sahabat Halal
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kembar Hazim Zikry n Hadif Zafry cukup bekenan dengan baby Akif. Sapa baby akif ni. Baby ni anak jiran depan rumah. Bila baby Akif mai rumah, yang paling seronok si kembar la tambah Hazim Zikry, Hadif Zafry kureng sikit tak brapa suka baby. Kalau Abg Haziq Muqri lagi tak layan..dia buat hal dia ja. Biasa la budak2..ada yang suka baby ada yang tak brapa suka. Yang betuinya bukan depa tak suka tapi tan pandai nak main n jeles sikit jaaa.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Salah 1 faberet menu family Saya ialah Masak Sambal Udang Petai..kalau kami panggei masak cabai udang petai ja. Nak masak menu ni tak teruk..bahan pun tak renyah cuma kena ada bahan penting udang n petai. walaupun menu ni faberet tapi Saya tak makan petai tapi udang Yess.. Saya makan. Ntah mmg dari dulu saya tak makan petai ka jering ka..kira yang seangkatan dengannya.
ok jom tengok camna cara masak menu ni..
Bahan bahan:
Udang sederhana ( ikut banyak mana yg suka )
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cabai mesin/kisar - ikut pedas yang kita nak
Gula
Garam
Air asam jawa
Cara cara:
Panaskan minyak tumis bwg merah dan putih yg di mesin/cincng halus.
Masukkan cabai mesin, masak cabai tu smpi masak, klu nak kering tambah air sikit demi sikit. ( nak bagi ada kuah )
Setelah masak cabai tu, masukkan air asam jawa, gula & garam.
Masukkan udang dulu masak kejap baru masukkan petai. Selalunya petai buh last pasai tak mau bagi layu sangat petai tu. Jgn lupa last masukkan bawang besar yang potong bulat dan kacau biar masak kejap.
Siap untuk di makan..
* masak ni ikut orang cara masak dia..ada yang masak sat..ada yang masal lama.. ikut cara memasing..k..
- Mummy Ira -












