Assalamualaikum..
Jom baca dan buat. Saya nak share resepi Kerabu Kaki Ayam dari fb Resepi Mudah dan Kerabu Sotong dari fb Legacy Secret Trading

Bahan-Bahan:
200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
1 tangkai bunga kantan - hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api - hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
2 batang kacang panjang - dihiris halus membulat
1 biji lobak merah - dihiris
1 biji tomato - dipotong dadu atau ikut citarasa masing2
Garam
Gula
Cara Penyediaan :
1. Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
2. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
3. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang.
-----------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan:
Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit karet sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)
Cara:
Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil . Sejat dan potong. Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk. Gaul rata2. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong n gaul sedia utk dihidang...
Selamat Mencuba
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
KHASIAT DAUN KARI
1. Penawar cirit birit dan buasir
– Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.
2. Loya dan pening
– Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
3. Diabetes
– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
– Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
6. Lebam dan bengkak
– Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
7. Kecantikan dan kesihatan diri
– Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.
Jom kita cuba..
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Salah satu page yg Saya follow n Saya suka ialah page Cerita kami di bumi Haramain.
Page ni ceritakan tentang Live dari Mekah dan Madinah, Tazkirah hati ke hati, Slot hayati tafsir sekali seminggu, Dan banyak lagi. Baru lagi Saya follow page ni tapi Saya suka laa dengan cerita2 yang dikongsikan..
- Mummy Ira -
Perkembangan Terkini 5 Beradik Yatim Piatu Kehilangan Ibu Bapa Akibat Kemalangan Tahun Lepas
5/08/2015 11:51:00 PTG
Assalamualaikum..
#PerlukanBantuan
2@3 hari ni ada yang dok viral kisah 5 beradik ni, yang mana kisah sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2014. Jadi ramai yang bertanyakan keadaan hidup mereka sekarang..sama ada ok atau pun tak.
2@3 hari ni ada yang dok viral kisah 5 beradik ni, yang mana kisah sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2014. Jadi ramai yang bertanyakan keadaan hidup mereka sekarang..sama ada ok atau pun tak.
dalam facebook member2 share tentang seorang sukarelawan cik Mez Emma yang telah melawat anak-anak yatim ini pada 6 Mei 2015 lalu.
Jom baca..

Alhamdulillah mlm ni berpeluang untuk melawat dan bermesra dgn anak mngsa gilis lori sepasang suami isteri pada 23/5/2014. sy ke rumah makcik mereka yg menjaga mereka selang beberapa buah rumah mereka tinggal kerana mereka ada disitu mlm ni..dpt berjumpa adik yg masih kecil yg lain masing2 diasrama..kami belajar bersama dan berbual..bila si adik ckp "nak iphone" terus bagi n belek2.. sgt comel.. utk segala persoalan..
1. bagaimana dengan kehidupan mereka?
Alhamdulillah hasil dr sumbangan org ramai rumah yg dulu agak daif sudah bertukar menjadi cantik bg pandangan mata mereka wlpn keluasan dia x sebesar mana.. tp cukup menceriakan dan menukar memori lama mereka bg tidak mengenangkan kisah lama bersama kedua ibu bapanya.
2. bagaimana dengan keperluan mereka?
Alhamdulillah setakak ni cukup dan mereka berjimat2 sebab utk keperluan akan dtg.. mereka dah biasa makan berlaukan kicap ikan masin dan telur jd utk kehidupan baru ini utk berjimat dgn brng yg agak mahal x sukar bg mereka..
3. bagaimana dengan pembelajaran mereka? Alhamdulillah semuanya dah sekolah.. abang di asrama smk petaling, kakak di asrama smk sri saujana, yg ketiga di sekolah agama nur izzah di bangi dan kdua2 yg kecil ini di tadika smart reader kids, permulaan mereka mmg agak sukar utk berpisah demi masa depan dan pembelajaran mereka kena akur dgn kehidupan anak remaja yg sgt sosial pd masa kini dgn kelekaan telefon pintar smp mengabaikan pelajaran x salah jika dimasukkan keasrama utk lebih fokus pd pelajaran.
4. bantuan masih diterima?
Alhamdulillah zakat baitumal sosco mmg membantu tp mcm sy ckp ttp kena berjimat utk kehidupan yg akan dtg..
jika sesiapa ingin datang melawat boleh la melawat mereka layan mereka seperti anak sendiri or adik.. smpkan mereka ingin mengikut sy balik ke rumah.. mungkin rindukan belaian dr seorang ibu dan ayah..
ini alamat mereka 3-2-18 blok 3 jalan 17/164d flat taman desa cheras,
cheras kuala lumpur
no telefon penjaga 0196065911 ( kak inah)
blh salurkan sumbangan anda utk masa depan mereka yg masih panjang di acc simpana tabung haji masing2
MUHAMMAD HAIKAL B.JEFRI
070101000698571
FATIN ADLINA BT JEFRI
010602000459975
MUHAMMAD AIDIL BIN JEFRI
070102000185630
NURSYAMIMI BT JEFRI
0106020004599987
NUR AUNI SYAFIA BT JEFRI
010602000459999
*sumbangan yg anda amanahkan pd sy telah sy sampaikan.. insyaAllah kita bertemu ahad ni utk sama2 melawat adik amirah dan aqila jika diberikan peluang.. cukup2 lah masyarakat membandingkan mereka semua mengenai bantuan dari orang ramai kerana rezeki masing2 telah tertulis oleh Allah...
Semoga hidup anak2 ni dirahmati Allah..dan semoga membesar dengan baik dan berjaya dalam di dunia dan akhirat. Amin..
- Mummy Ira -








