Assalamualaikum..
“Doktor saya sudah gugur dua kali. Apakah risiko saya untuk gugur pada masa hadapan?”
Keguguran walaupun pahit adalah pengalaman yang akan dialami oleh kebanyakan wanita. Risiko keguguran secara amnya untuk seseorang wanita adalah 15-20%. Adalah dianggarkan sebanyak hanya 2% wanita yang akan mengalami keguguran dua kali berturut-turut dan manakala 0.4-1% wanita pula akan menghadapi keguguran tiga kali berturut-turut. (1) Bagi wanita yang telah mengalami keguguran tiga kali berturut-turut ianya dikenali sebagai ‘Recurrent Miscarriage’. Keguguran ini tidak termasuk kandungan ektopik ataupun molar (kandungan anggur).
Sekiranya seseorang wanita telah keguguran pada kehamilannya yang pertama, risiko keguguran untuk kandungan berikutnya adalah 14-21%. Selepas menghadapi keguguran dua kali berturut-turut, risikonya adalah 24-29% dan ini akan menaik kepada 31-33% selepas mengalami keguguran kali ketiga.
Punca keguguran berulang kali
Hanya dalam 50% kes sahaja, punca keguguran berulang kali ini boleh dikenalpasti. Antara punca keguguran berulang kali termasuklah:
a) Kromosom abnormal di dalam janin. Oleh itu, apabila bayi tidak normal, maka perkembangannya juga adalah tidak sihat dan risiko keguguran adalah tinggi. Dalam segelintir pasangan, terdapat masalah genetik pada pasangan tersebut. Ini berlaku dalam 3-5% pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ di mana salah satu pasangan pembawa kromosome yang seimbang e.g ‘Balanced reciprocal translocation’, ‘Robertsonian translocation’ atau ‘sex chromosome mosaicism’. Pembawa itu mempunyai luaran yang normal tetapi apabila ujian darah ‘karyotyping’ dilakukan ianya adalah abnormal.
b) Abnormaliti pada rahim seperti rahim
yang mempunyai septa, fibroid, polyps atau parut di dalam rahim
(‘intrauterine adhesion’). Ini semuanya akan menyebabkan masalah
‘implantasi’ embryo ke dalam dinding rahim. Pangkal rahim yang lemah
yang dikenali sebagai ‘cervical insufficiency’ atau ‘incompetence’ hanya
menyebabkan keguguran pada masa trimester kedua dan bukannya pertama.
c) Masalah antibody and immunologi.
Antiphospholipid syndrome (APS). Sebanyak 5-15% peratus wanita yang
mengalami keguguran berulang kali mempunyai kondisi ini. Ujian darah
boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pasangan wanita tersebut
mengidapi masalah tersebut.
d) Masalah Thrombophilia.
e) Masalah endokronologi seperti kencing manis teruk, polycystic ovarian syndrom (PCOS), thyroid (Hypo atau Hyperthyroid)
Bilakah patut saya membuat ujian sekiranya saya mengalami ‘Recurrent Miscarriage.’
Selalunya diagnosis ‘Recurrent
Miscarriage’ ini hanya akan dibuat setelah mengalami keguguran
berturut-turut sebanyak 3 kali. Akan tetapi, kadang-kala, doktor akan
mula menyiasat punca keguguran setelah mengalami 2 kali keguguran
berturut-turut.
Antara ujian-ujian yang elok dilakukan adalah:
- Karyotyping kedua-dua wanita dan pasangannya. Ini ialah untuk memastikan mereka adalah bukan pembawa genetik yang abnormal. Ini adalah ujian darah. Sekiranya dapat karyotyping janin yang gugur juga mungkin boleh dilakukan.
- Pemeriksaan rahim untuk sebarang abnormaliti. Ini boleh dilakukan sama ada dengan imbasan scan seperti transvaginal ultrasound, hysterosalpingogram (HSG), hysteroscopy atau MRI.
- Pemeriksaan Antiphospholid Syndrome dengan membuat ujian darah untuk ‘Lupus anticoagulant’ dan ‘Anticardiolipin Antibody’. Sekiranya ujian darah itu abnormal, ianya perlu diulang sekali lagi dalam masa 6-8 minggu berikutnya untuk memastikan ujian darah tersebut betul-betul adalah abnormal untuk membuat diagnosis Antiphospholipid Syndrome.
- Screening untuk masalah thyroid i.e ujian darah untuk TSH dan juga thyroid peroxidase antibody. Ada kajian yang telah menunjukkan yang wanita yang mengalami ‘subclinical hypothyroidism’ mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. (2)
Peluang menjadi seorang ibu sekiranya telah mengalami keguguran berulang kali
Walaupun lebih separuh dari pasangan yang
mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ puncanya tidak dapat dikesan, akan
tetapi majoriti pasangan tersebut mempunyai prognosis yang baik dan
berjaya akhirnya untuk menimang cahaya mata mereka sendiri. Ini boleh
dilihat dari graf di atas di mana wanita yang mempunyai latar belakang 3
atau 4 keguguran sekalipun masih ada peluang lebih dari 60% untuk hamil
dengan sendirinya dan kemudian melahirkan kandungan tersebut.
Dr Tasha menasihati agar
pasangan yang mengalami masalah ‘Recurrent Miscarriage’ ini agar
berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.
Diharapkan mereka bersabar dan tawakal dalam menghadapi dugaan ini.
Sekiranya mahu bagi yang beragama Islam bolehlah mengamal ayat-ayat
Quran di dalam post ini: