Assalamualaikum..
Baru ni Kedah telah dilanda dengan musim bunga Sakura. Memang nampak sangat cantik, kerana kepelbagaian 
warnanya..Setiap jalan, kawasan, taman perumahan ditumbuhi dengan bunga ni..kawasan yang ada pokok je la yg tak dak pokok tu, tak dak laa..;)
Saya pula dok Alor Setar memang lalu ja dapat tengok orang ramai pulun bergambar, siap ngan pelbagai gaya, aksi. Dengan baring, lambung bunga. Ada pulak org kawen time ni mmg bonus la, boleh bergambar dengan musim bunga sakura ni. Kiranya tak payah pi Korea, kat Kedah ni pun ada.Tapi tak boleh lawan la keindahan bunga Sakura kat Korea tu. Sana lgi cantik ikut musim bunga tu.
Pokok ini berbunga banyak bila cuaca agak panas dek kemarau panjang sebelum ini.
Bunga ini bukan dalam spesis sakura (cherry blossom). Cuma persamaannya,
 ia mekar pada musim tertentu. Bunga ini mekar sebulan lebih awal dari 
musim sakura di Jepun. Sebab itu di negara kita menggelarnya Sakura 
Malaysia kerana gaya musim bunganya seakan-akan sakura. Berbeza dengan 
sakura, Tabebuia ada lebih 100 spesies dengan pelbagai warna seperti 
pink, putih, kuning, lavender, magenta dan merah. Sakura pula lazimnya 
berwarna putih dan berubah kepada pink pada waktu matangnya. Jika sakura
 selamat dijadikan tanaman hiasan dalam rumah, Tabebuia pula lebih 
sesuai ditanam di kawasan terbuka atau laman kerana getah dari pokok ini
 adalah beracun.
Meh kita tengok keindahan bunga sakura 
Betapa indahnya ciptaan Allah, SUBHANALLAH...
kredit gambar google..
- Mummy Ira -



















































