Assalamualaikum..
Hai hangpa..hari ni Mommy nak share resepi TEPUNG PELITA. Salah 1 kuih yang glamer dari mula PKP sampai sampai bulan posa ni dok viral dengan kuih ni. Nampak macam susah tapi mudah ja nak buatnya. Mommy pun jarang buat tepung pelita ni, sebabnya tak dak sapa nak makan. Kalau teringin sangat baru Mommy akan buat. Lagi 1 banyak sangat dah dok share resepi tepung pelita ni. Tak pa kot nooo, Mommy pun share jugak tapi ni resepi dari kak atie. Macam besa la, favourite chef Mommy. Haa..lupa pulak, ni tambah 1 resepi tepung pelita tapi dimakan dengan gula merah. TEPUNG PELITA GULA MERAH. Yang ni Mommy tak try lagi. Nampak macam menarik ja. Bila-bila nanti, boleh la nak cuba, tapi bila tuu..hee
Tepung Pelita (10 bekas)
Bahagian Bawah
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
5@6 helai daun pandan + 1 cawan air
(Kisar dan tapis ambil airnya)
Pewarna apple green
*kalau takde pewarna hijau, kalian boleh titiskan pewarna kuning telur + biru confirm jadi hijau.
Cara
Masukkan semua bahan dalam periuk masak sehingga pekat. Pastikan sentiasa kacau supaya tak berketul². Padamkan api terus isi dalam bekas.
Bahagian Atas
1 cawan santan kara (kotak kecil)
3 cawan air
3 1/2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam halus
Cara
Masak semua bahan sehingga pekat. Pastikan sentiasa kacau jangan tinggal.
Padam api terus isi dalam bekas.
BAHAGIAN BAWAH
Tepung beras 2 cawan
Gula merah 1 cawan
Gula putih 3sb
Kicap Manis ABC 1sb
Air kapur 1sk
Air daun pandan 1 cawan - daun pandan 2 helai
Air kosong 2 cawan
- Campur semua semua sekali blender pastu tapis... Masak sampai pekat dan likat..angkat terus masuk dalam bekas ikut suka bekas apa
BAHAGIAN ATAS
Kelapa parut 1/2 biji
Tepung beras 2sb
Air kosong 2 cawan
Garam secubit
- Kisar kelapa dengan 2 cawan air perah... campur semua bahan.. masak
sampai pekat likat.. terus tuang bahagian atas!
Macam Mommy, Tepung Pelita sedap makan sejuk-sejuk. Buh dalam peti ais dah sejuk..makan..sedapppp.
eh, kalau ada penambahan..boleh tambah kat ruang komen k.
Cuba jangan tak cuba
~~~~~~~
Mommy ira
Assalamualaikum..
Masuk bulan puasa ni, ada ayaq asam makan boleh bertambah. Asyik dok buat ikan temenung dengan ayaq asam ja. Kali ni ubah selera pulak. Guna ikan isi pulak. Ikan siakap. Ikut la nak guna ikan apa pun. Janji sedappp. Makan pun bertambahhh. Kalau ada yang nak tambah. Boleh tambah di ruang komen k.
IKAN SIAKAP AIR ASAM
Bahan
Ikan Siakap 1 ekor
Bawang
Cabai hijau kecik
Tomato
Belacan
Air Asam jawa
Asam limau/kasturi (optional)
Gula
Cara2 buat
Ikan siakap stim sampai masak.
Satukan semua bahan air asam..tambah apa yang kita nak nak bagi cukup rasa..lepas tu tuang ja atas ikan bagi rata..dah siappp.
* bahan-bahan tu nakbuh banyak mana, agak-agak banyak mana yang kita nak..tak cukup..tambah.
Silalah Cuba
~~~~~~~
Mommy Ira
Bahan
Ikan Siakap 1 ekor
Bawang
Cabai hijau kecik
Tomato
Belacan
Air Asam jawa
Asam limau/kasturi (optional)
Gula
Cara2 buat
Ikan siakap stim sampai masak.
Satukan semua bahan air asam..tambah apa yang kita nak nak bagi cukup rasa..lepas tu tuang ja atas ikan bagi rata..dah siappp.
* bahan-bahan tu nakbuh banyak mana, agak-agak banyak mana yang kita nak..tak cukup..tambah.
Silalah Cuba
~~~~~~~
Mommy Ira
Assalamualaikum..
Sapa suka macam acar ? Selalunya masa kenduri kawen kita kerap jumpa acar. Dok tengok dalam fb pun yang dok buat acar kebanyakkanya depa buat jual. Ada acar buah ada acar ikan masin. Nak makan, tak payah susah-susah, boleh beli ja. Kalau rajin boleh buat sendiri. Acar kalau buat n masak elok-elok, boleh tahan lama n tak simpan dalam peti sejuk. Salah 1 menu untuk pembuka selera kalau kita kurang selera makan.
Macam biasa, Mommy nak share resepi ACAR IKAN MASIN dari Kak Atie Jumaat. Ikutkan Kak Atie buat acar ni untuk jual. Katanya lepas raya baru kak Atie akan buka oder balik. Moga kak Atie terus dimurahkan. Tapi, besala kan Resepi sama tapi Air tangan tak sama
kredit Atie Jumaat
BAHAN-BAHAN
Ikan masin talang - 1 kilo
Kismis 2 cawan
Paste cili kering 500gm
Bawang kecik RM10 - belah 4
Bawang putih 3 sanggul - belah 4
Cili padi merah/hijau - agak2
Daun kari 4 tangkai
Rempah kari 4sb
Gula melaka - agak2
Cuka masak 1 botol kecik
CARA MENYEDIAKAN
1. Basuh ikan hiris kecik2.. kemudian goreng angkat letak tepi dulu
2. Bawang kecik,bawang putih dan cili padi..rendam dengan cuka 1 jam
3. Lepas goreng ikan masin, tumis cili paste sampai pecah minyak..masukkan daun kari, rempah kari, gula ..kacau hingga pekat
5. Akhir sekali masukkan tuang semua bawang dengan cuka sekali..masukkan ikan masin..kismis
6. Slowkan api..kacau hingga pekat... dah masak taburkan bijan..... Siap!
SELAMAT MENCUBA!!
Ikan masin talang - 1 kilo
Kismis 2 cawan
Paste cili kering 500gm
Bawang kecik RM10 - belah 4
Bawang putih 3 sanggul - belah 4
Cili padi merah/hijau - agak2
Daun kari 4 tangkai
Rempah kari 4sb
Gula melaka - agak2
Cuka masak 1 botol kecik
CARA MENYEDIAKAN
1. Basuh ikan hiris kecik2.. kemudian goreng angkat letak tepi dulu
2. Bawang kecik,bawang putih dan cili padi..rendam dengan cuka 1 jam
3. Lepas goreng ikan masin, tumis cili paste sampai pecah minyak..masukkan daun kari, rempah kari, gula ..kacau hingga pekat
5. Akhir sekali masukkan tuang semua bawang dengan cuka sekali..masukkan ikan masin..kismis
6. Slowkan api..kacau hingga pekat... dah masak taburkan bijan..... Siap!
SELAMAT MENCUBA!!
Mommy Ira








