Assalamualaikum..
Tak dapat disangkalkan lagi, Malaysia ni merupakan negara yang yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum. Dalam masa yang sama kita hidup kaya dengan pelbagai adat, budaya dan makanan. Boleh di katakan Malaysia ni syurga makanan. Banyak pilihan yang kita boleh makan. Dari masakan melayu, masakan india, masakan western dan juga masakan cina.
Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, chinese food antara yang jadi pilihan ramai. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka kebanyakan restoran turut menyediakan pelbagai hidangan chinese food halal. Boleh la kita makan tanpa rasa ragu dan was – was.
Menariknya chinese food ni oleh di masak dengan cara mudah seperti kusus, tumis, reneh, panggang, goreng cepat dengan menggunakan api besar dan juga pelbagai cara masakan untuk mereka yang vegetarian.
Banyak pilihan yang kita boleh cuba untuk menu chinese food
ni. Jom tengok antara menu-menu yang jadi pilihan.
#1 Mee Tarik
Mee jenis ini mempunyai tekstur berbeza pada meenya yang
lebih kenyal dan memantul. Selalunya mee ini akan ditarik mirip aksi kung fu
dari pakar yang diimport khas dari China, selalunya dari daerah Lanzhou.
Kota yang dulunya menjadi pintu yang menghubungkan China
dengan laluan sutera sememangnya mempunyai ramai penganut Islam. Mee tarik
boleh dihidang kering dengan sos mirip spagetti atau dengan sup daging yang
jernih. Mee tarik boleh didapati dengan mudah di sekitar ibu kota.
#2 Dumpling
Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang
berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan
berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Di
mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang
pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili,
halia, cendawan serta herba. Cara masak, rebus, goreng atau kukus. Boleh juga makan
dengan sup dan cicah sambal.
Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit
datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman
dahulu atau lebih disebut Yuanbao. Pada
zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti
pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana
intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.
#3. Dim Sum
Dim sum diperbuat dari tepung gandum, tepung jagung yang
dicampurkan bersama isi udang, daging, ayam serta sayuran.
Dim sum bersaiz kecil dan comel sahaja bentuknya. Boleh
dimakan pada bila – bila masa juga.
Suatu tika dahulu, makanan tradisional cina ini sering
dihidangkan dirumah-rumah teh oleh pemilik rumah teh, memandangkan ramai petani
yang akan singgah minum teh terlebih dahulu.
#4. Char Koay Teow
Salah 1 menu Chinese
food yang pupular. Di mana-mana pun ada jual char koay teow ni. Kaya dengan sumber protein, fiber dan juga zat
lain. Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang,
udang, kicap pekat manis, pes cili, taugeh dan telur.
Dalam Malaysia, negeri Pulau Pinang terkenal dengan Char
Kuey Teow dan tidak hairan bila mereka ke Pulau Pinang hanya untuk menikmati
hidangan Char Kuey Teow yang paling sedap.
#5. Kuih Bakul
Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao.
Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia
hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari. Kuih ini seakan – akan dodol, namun lebih
kenyal berbanding dodol. Kuih ini juga boleh dimakan bersama nyok putih kelapa,
digoreng dengan ubi keladi atau ubi
keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.
Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas untuk diberikan
kepada ‘Tuhan Dapur’ supaya ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada
maharaja di syurga. Kuih ini juga membawa symbol tinggi iaitu ‘semakin tahun
semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke
hadapan.
#6. Yee Sang
Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah
makanan yang terdiri dari aneka salad
dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan
sangat menarik.
Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan
memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi
menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa
maksud rezeki mereka akan semakin mewah.
Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya
ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau
purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau
penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.
Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa
rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan
masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan.
Maybe ada antara kita teringin nak makan Chinese food
tapi , malas nak masak, malas nak keluar. Tak pun sibuk dengan WFH, teringin nak rasa
menu baru., jangan susah hati, Foodpanda menyediakan khidmat servis food
delivery terus ke rumah.
Seperti yang kita tahu, foodpanda mempunyai kawasan penghantaran yang sangat besar, jadi menu yang dipesan akan dihantar ke rumah kita. Melalui aplikasi Foodpanda, pelbagai jenis restoran yang boleh kita pilih dengan pelbagai menu Chinese food yang kita boleh pilih. Terdapat jugak pelbagai diskaun yang ditawarkan oleh Foodpanda.
Cumanya kena baca betul-betul semua detail menu di
website Foodpanda, antara menu dan restauran yang kita pilih tu sediakan menu chinese food yang halal atau tak. Takut satgi tersalah oder dah
tak boleh buat apa dah.
Jadi, bolehlah install aplikasi Foodpanda dan pilih menu-menu
yang anda inginkan. Selamat menjamu selera.