Assalamualaikum..
Tak ada siapa yang suka di gelar jahat
Ibu patutnya jadi orang yang paling sayang, paling memahami dan paling lembut pada anak anak.
Tapi sekarang dah terbalik.
Ibu la orang yang paling tak memahami dan paling kasar pada anak sendiri. Sehingga tersemat karakter “jahat” dalam minda separa sedar anak anak.
Depan mata saya sendiri saya pernah melihat perkara sebegini.
❌ Seorang ibu memiat telinga anak dan di tarik sampai ke kereta kerana anak itu tidak mahu mendengar arahan.
❌ Seorang ibu menengking anak di pasaraya kerana anak itu berlari lari dan hampir terjatuh.
❌ Seorang ibu tidak mempedulikan anaknya yang menangis teresak esak tanpa sebarang rasa kasihan.
Bagi yang tak memahami, senang mulut mereka untuk bercakap orang begini jahat dan tak pandai jaga anak.
Tapi apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir kita tak tahu.
Barangkali ibu ini,
- Kepenatan mengurus anak seorang diri sepanjang hari sehinggakan keperluan diri terabai
- Sedang di belenggu emosi terpendam yang sudah di pendam lama sehinggakan hilang kelembutan seorang ibu
- Sedang marah pada orang lain tapi terlepas pada anak yang buat perangai pada waktu yang salah
- Tidak dapat mengawal emosi kerana tidak tahu cara dan tidak pernah di dedahkan dengan ilmu mengurus emosi sejak kecil lagi
- Terhimpit dalam kehidupan yang penuh tekanan samaada dari orang sekeliling atau persekitaran.
- Terlalu banyak yang bermain di fikiran ( overthinking ) sehinggakan hilang penilaian rasional dan bertindak ikut emosi
- Kurang buat self-care dan me-time sehingga daya tahan terhadap gangguan emosi jatuh merundum. Sikit trigger dari anak dah cukup buat dia meletup.
- Ada Childhood Trauma kerap di marah dan di pukul ketika kecil dahulu. Parut emosi inilah yang mengubah ibu tadi jadi jahat tanpa sedar.
Sesungguhnya ada banyak kajian yang telah di buat berhubung psikologi tingkah laku ini.
Semuanya menunjukkan bahawa apa yang kita nampak di mata kasar kita ni cuma la 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.
90 peratus lagi berlaku secara halus di dalam badan kita tanpa kita sedar dan perasan.
Tahu tahu anak dah menangis je kena marah.
Tak pernah ada istilah ibu yang jahat yang ada cuma la ibu yang kepenatan, yang stress dan yang banyak trauma.
Wallahu A’lam,
Sesungguhnya dugaan seorang ibu ini tidak terbatas...
Tolong sampaikan pada orang lain juga info ini supaya lebih ramai yang peduli pada emosi terpendam seorang ibu.
Kredit Mohd Fhais
Parenting Influencer
0 orang berborak di sini!