Assalamualaikum
Sedap menu ni kalau
makan dengan nasi panas-panas..boleh makan bertambah nii..
Banyak resepi yang
Mommy share dari fb kak Atie Jumaat. Sebabnya menu tu mudah untuk di masak dan Nampak
sedap semuanya. Kali ni saya share resepi Kerabu Ikan Bilis. Mommy dah cuba
buat, memang mudah dan sedap Cuma tak sempat nak snap gambar. Nak tengok resepi
yang best boleh terjah fb kak Atie Jumaat.
KERABU IKAN BILIS
================
✅Bahan
Ikan Bilis goreng 1
mangkuk
✅Bahan Hiris Halus
Bunga kantan 1
kuntum
Serai 1 batang
Daun ketumbar 1
pokok
Daun limau purut 3
helai
Bawang Holland 1
biji
Cili padi 5 tangkai
✅Bahan Perasa
Limau kasturi 8 biji
(perah)
Gula perang 2sb
Sos ikan 2sb
👉🏿Cara Penyediaan
1) Campur bahan
perasa..Kacau
sampai gula cair..
2) Masukkan bahan
hirisan
gaul sampai semua
mesra
4) Akhir sekali
masukkan ikan
bilis.. gaul2 ..
okey siap 😀
Selamat mencuba..
~~~~~~~~~
Mommy
Ira