Assalamualaikum..
Hai semua..Mommy nak tanya ni..korang besa tak makan
serunding halia..rasanya ada yang besa makan ada yang tak. Mommy pun tak besa
makan..kalau serunding ayam ka daging ka ikan ka, selalu sangat.
Ni ada kawan Mommy, Naeilah Rejab buat homemade serunding
halia. Asalnya dia oder dari Sarawak, katanya sedap juga. Makanya dia pun buat
la sendiri, olah la sikit sikit..ikut sedap mulut dia nak makan. Macam yang kita tahu, halia ni untuk buang
angin..kiranya sapa pun boleh makan. Lagi sesuai la untuk ibu dalam
pantang, nak buang angin dalam badan dan
nak lancarkan darah. Pic kat bawah ni yang dia oder dari Sarawak.
Meh kita tengok resepi Serunding Halia homemade yang di olah ikut citarsa dia sendiri. Ada sekali dengan pic serunding halia homemade
Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati reka. Inspired dari serunding halia Sarawak baru2 ni.
Ke arah healthy food dan healthy life.
Jom buang angin kuskus dalam badan
Bahan2:
Halia diparut
Bawang putih dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (optional)
*Goreng asing setiap bahan. Dan campurkan semua diakhirnya.
- Chef Delicio -
Siapa yang rajin tu..cuba la buat. Selamat mencuba
Sebelum Mommy lupa, Mommy nak bagitau kawan Mommy ni namanya
Naeilah Rejab..owner food Truck Delecio. Entry yang lepas Mommy ada cerita
pasai ft Delicio ni. Depa jual laksa..nasi daging dan katering pun depa ambik
juga.
Sila klik link di bawah untuk sebarang pertanyaan:
tengok resepi boleh baca kat atas..nak tau info pasai FT Delicio boleh ke fb Delicio.
ok..jumpa lagi..babai..
- Mommy Ira -