Assalamualaikum..
Kepentingan sarapan buat anak anda... 4 rahsia yg anda perlu tahu...
__________________________
Sumber asal:http://www.yoursupermom.com
- Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih bijak. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mengambil sarapan dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan seperti
Daya fokus lebih tinggi
~Lebih kerap mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran
~Lebih cekap membaca dan membuat matematik
~Daya taakulan lebih cekap, terutama untuk latihan yang sukar
~Kurang stress
- Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih sihat ; mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Mereka juga kurang 'ponteng' ke sekolah
- Kanak-kanak yang mengambil sarapan juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal - kurang mendapat penyakit dan kecederaan berbanding kanak-kanak yang overweight. Kanak-kanak yang memulakan hari dengan keperluan nutrisi yang ideal (sarapan yang lengkap dan berkhasiat) cenderung untuk tidak mengambil kalori yang berlebihan pada meals yang lain.
- Mereka yang bersarapan secara sihat akan makan secara sihat juga untuk sepanjang hari. Which means, sarapan sebenarnya menggalakkan kanak-kanak untuk cenderung kepada amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang.