Kalau nak ikut tu banyak juga nasi ayam yang sedap
kat area Alor Setar ni. Tapi nasi ayam yang sedap bagi Saya, selalunya
favourite anak2Nasi Ayam 3 Rasa @ KCR
(KAHA Chicken Rice ) . Anak2 suka sebab nasi n ayam dia lembut. Lagipun owner
nasi ayam ni orang setaman ja ni Syamsol Azdha so bagi la support sikit.
Nasi Ayam ni owner dia berniaga 2 tempat..1 kat
Medan Teratai jalan Pegawai ni adik dia jaga. Kalau tak salah Saya buka dari
pukul 11 – petang. Lagi 1 buka kedai kat jalan Kuala Kedah..sederet rumah
kedaisimpang masuk Taman Kemudi 4 .
Yang ni buka dari tengahhari sampai malam. Harga pun berpatutan kalau biasa rm
4.00..yang special rm 7.50.
Nasi ayam ni juga ada terima tempahan kalau sesapa
nak buat kenduri ka makan2 ka. Nak tau info lanjut boleh hubungi.. Kaha 012 5531227
Nak tau sedap ka dak..kena pi rasa la. Bagi Saya
sefamily memang sedap.. ;)
7 ramadhan..
Sesi belajar dah pun bermula..semoga anak2 semua dapat belajar cam biasa dan
menempuhi bulan puasa ni tanpa ada masalah..untuk semua yg nak exam..tingkatkan
usaha..exam dah dekat ni..selamat belajar semua..
Baru2 ni Cik Husband ada keja kat Langkawi. Kiranya kena bawak kereta opis pi sana. Sekarang tak susah dah..nak pi sana bawak kereta naik ja Langkawi Ro-Ro Ferry Services Sdn Bhd. Ferry ni mmg khas bawak pengangkutan. Tapi kena naik di Kuala Perlis sebabnya syarikat dia beroperasi di Kuala Perlis.
Kira info ni saya share dari Fb Langkawi Ro-Ro Ferry Services Sdn Bhd
Bersebelahan Masjid Al-Hussin,
Laman Brasmana,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.
04-985 4881
langkawiroro@yahoo.com
http://www.langkawiroro.com
Segala info Dari segi bayaran..bila beroperasi..boleh ke fb n website depa naaa..
Korang pernah tengok atau dengaq dak Sotong Nuih. Rasanya ramai yg kata kalau kata dah nama sotong ni. Bentuk tu confirm sotong . Sotong Nuih ni jugak ada orang panggil ‘sotong katak’ tak pun ‘sotong pisang’. Mommy panggil ‘sotong nuih’ ja . Kalau macam sotong biasa tu ,panjang kurus. Sotong nuih pulak lebaq sikit. Susah jugak nak jumpa sotong nuih ni. Tak brapa nak ada.
Yang ni pun jumpa kat market besaq Alor Setar. Kawan suruh carikan..nasib baik jumpa. Ada 3 jenis saiz dan harga pun ikut saiz dia ..Kecik rm 7 , Sedang rm 10 n Besaq rm 14. Harga pun ikut harga pasaran boleh berubah.Kena pandai besiang jugak..kalau tak, rasa tak masuk dalam isi sebabnya sotong ni cam tebal sikit. Tulang pun besaq jugak. Kalau nak masak goreng kunit pun sedap..bakaq..tak pun masak cabai. Tapi ikut la..cita rasa masing2.
Sapa yang teringin nak rasa tu pi la cari..asyik makan sotong yg biasa tu ja..rasa pulak sotong nuih ni sedap ka tak..kot rasa dia sama. Dah nama pun sotongkannn..
Biasa la time raya salah 1
perkara yg orang paling klam kabut..Baju Raya. Ada yg tak beli lagi..takut tak
dan siap..beli yg ready made . Tak kira la tua muda semua sama. Kali ni baju
raya / baju kurung siap awai. Baju Saya, My Sis n My Mom. Sebelum puasa dah pun
siap. Tak mau klam kabut punya pasai. Bermacam tema ada..yg semestinya baju Sya
n My Sis dari kecik smpai jadi mak budak ni ttap boria..corak sama kaler ja yg
berbeza..sebabnya tiap tiap tahunMy Mom
yang akan belikan..kalau orang dengaq crita ni pun malu..besaq gedabak tapi Mak
yg masih pilih kain baju. Nak buat camna, dah tu pilihan My Mom..ikut je
la..janji My Mom bahagia dengan cara dia.
Yang 3 jenis kain ni pulak tak
sempat nak buat lagi. Lepas raya pulak. My Mom beli kat Medan. Tengok corak tetap
sama kaler yg berbeza. Tapi baju raya untuk Cik Husband n ank2 tak beli lagi
pun. dok kata nak cari baju raya depa tak cari lagi punnn. Kalau beli pun beli yg
readymade ja tapi kaler kena sama sefamily. Besok2 kita pi cari naaa..
Lama sangat dah kami sefamily hidup dengan volvo 240..rasanya dah puluh tahun dari Saya masih sekolah sampailah sekarang. Cuma sekarang jarang naik volvo ni sebabnya ada masalah sikit so bertapalah sementara volvo ni dalam gua. Tapi bila dah lama sngat tak gerak pun tak boleh jugak takut nnti ada masalah lain pulak yang jadinya. Makanya kena bawak pi masuk bengkel la jawabnya. Nak kena tukaq pum brake n serbis semua balik yg mana tak ok..rasanya mahai jugak la kot. Nak buat camnakan dari biaq tak gerak lansung takut rosak baik bawak ja pi pebaik..
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com