Resepi Basque Burnt Cheesecake Homemade

By Zahirah Dzahir - 11/09/2021 11:43:00 PG

 Assalamualaikum..

Resepi Basque Burnt Cheesecake dari kawan Mommy Sis Naeilah Rejab.

Hari tu kita buat versi berkeritam Africa.
Kali ni buat versi hitam Melayu kacak.

Sapa yang tak pandai buat kek tapi suka sangat makan Cheesecake boleh try.
Sebab sangat mudah. Dan hangpa bakar la nak hitam sampai macam mana. Texture dalam tetap gebu dan moist kalau ikut resepi ni.





🎂Basque Burnt Cheesecake Mudah🎂

500g creamcheese (sis guna tatura)
200ml whipping cream
Telur 3 biji (sis guna cop C jaaa)
2 sb tepung gandum
2 sb lemon juice
1 st vanilla (klu xdak blh skip)
2/3 cup sugar (resepi asal 1cup. Sis tak suka klu Cheesecake manis. Ckp la manis2 buah)
Secubit garam (klu cheese hgpa guna dh ckp masin skip ja)

Cara2:
1. Tauk semua bahan2 sekaligus tu dalam mixer ka.. Blender ka.. Food processor ka...
Nak putaq tu sampai tara mana?
Sampai hangpa nampak adunan gebu dan agak gula hancoq. Tak lama mana pun.
2. Alas loyang dengan baking paper.
Baking paper tu bagi lebih sikit dari aras loyang.
3. Oven suhu 200°c bakar 40-50 mnt api atas bawah (terpulang oven masing2. Rajin2 la belek progress)
4. Sis guna loyang 8 inci. Jadi agak tebal dan cantik. Tapii.. Kena rajin sikit.. Bila dh minit ke 40 tu sis tukar api bhgn bwh sahaja 5 minit. So total sis bakar 45 minit.


* Time nak makan kek ni kena sabaqqqq. Boh dulu dalam fridge bagi sejuk. Bila dh betul2 sejuk baru potong dan ngap. Baru padu!


  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. teringin nak buat cheese kek..tp anak2 tak brapa nak gemar pulak. kalau buat kang haru naik kencing manis makan sorang2

    BalasPadam