NIkmat Yang Sering Kita Lupakan

By Zahirah Dzahir - 6/16/2020 03:30:00 PTG

Assalamualaikum..

NIKMAT YANG DILUPAKAN

google

Semasa saya locum dua hari lepas, kebetulan pesakit tak ramai mana. Ada sepasang suami isteri datang ke klinik untuk bertanya pendapat. Lama juga kami berborak.

Saya memang suka bersembang dengan pesakit kalau klinik tak ada orang sangat.

Pakcik tu berumur 53 tahun.
Baru lepas dimasukkan ke IJN ( institut jantung negara) akibat serangan jantung ( jantung dia tersumbat teruk dan di masukkan dua besi/stent).

Dia bertanya tentang ubat ubatan yang dia ambil, tentang pemakanan dan cara hidup. Boleh ke nak joging, boleh ke makan itu ini. Nampak semangat sungguh nak tahu.

Kata dia, dulu masa muda muda rokok tu ibarat makanan ruji, dan makanan berlemak berminyak seafood kambing tu semua ibarat penambat selera seharian. Tak boleh hidup kalau tak ada semua benda ni. Bersenam lagilah tiada dalam kamus hidup dia. Bekerja pula di pejabat. Banyak duduk saja.

Hidup dia seronok sungguh even kadang kadang selalu juga dia rasa sakit sakit badan dan  pening kepala. Tak pernah langsung dia buat pemeriksaan kesihatan.

Sampailah satu hari, dia tengah tengok tv. Cerita seram agaknya, tiba tiba dia sakit dada. Sakit macam kena rentap. Zapp! Berpeluh satu badan. Terus isteri call ambulans.

Di hospital dia pengsan.
Terus dibuat CPR. Siap kena defibrillation ( letak alat kat dada untuk hidupkan jantung) sampai dua kali.

Menangis si isteri di balik tirai. Ada juga isteri dia nampak betapa semangatnya doktor, MA, misi semua berusaha selamatkan suami dia. Adalah setengah jam, tiba tiba isteri dia dengar : Arghh Alhamdulillah ada pun heart beat ( rentak jantung).

Tiga hari juga dia di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, hampir sebulan di wad dan dia sekarang di bawah pengawasan IJN juga.

Dan selepas itu semuanya adalah sejarah.

Mengalir air mata jantan pakcik bercerita.
Makcik pun sama.
Saya pun sama hahaha ( ouh saya memang pantang tengok orang nangis, mesti nak 'berhujan' sama, hati tisu orang kata)

Saya berseloroh tanya : sekarang pakcik nak rokok lagi tak?

Dia jawab : sekarang saya rasa nak bakar semua kilang rokok dan pengasas rokok! Kalau pergi mengopi, ada kawan merokok, saya bye bye dulu haha.

Kata dia, macam mati hidup semula.
Tak sangka Allah masih beri peluang untuk dia kekal hidup walau dulu dia terlalu banyak salah. Sambil menggeleng, dia kata : bukan diri sendiri saja tak jaga, anak anak pun terabai.

Itulah hidup.
Bila ada benda tak elok terjadi baru kita akan terfikir salah silap kita. Baru kita akan kenang apa yang dah berlaku sepanjang hayat kita.Jarang jarang nak muhasabah diri kita.

Ajal tu siapa sangka bila, di mana dan bagaimana. Kadang kita tengok si A tu sakit betul, nampak lemah tapi tiba tiba kita dapat berita si B yang sihat elok meninggal dahulu.

Cuma , harapnya selagi boleh kita jagalah amanah kesihatan yang Allah dah berikan pada kita. Bukan semua orang ada nikmat sihat dan berkat.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara : hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”
(Riwayat al Hakim)

Suka sungguh kita berlebih dalam nak sihat. Yang basic dan percuma,kita malas nak buat tapi kita sibuk nak membazir beli itu ini. Sudahnya duit habis, badan pun merana.

Sebab itulah orang kata membazir itu amalan syaitan.

Dan bila kita sihat, jarang sungguh kita nak taubat. Kadang tu culas culas juga solat. Kan?

Dari Jabir r.a , katanya: Rasul s.a.w bersabda: "Anak kunci syurga ialah solat."
(HR. Imam Ahmad)

Tak guna juga kalau kita sihat, hebat dan berduit lebat tapi kita tak solat dan tak pernah taubat.

Entah apalah yang saya dah buat sepanjang 30 tahun hidup ni😞

Bila sihat jarang nak beringat.

Nota kaki : Dua nikmat yang kita selalu lupa : masa lapang dan kesihatan. Apa kita buat bila lapang dan sihat?Tepuk dada tanya iman✌🏻

kredit fb Dr. Erna Nadia

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!