Buat Kaum Hawa, Jangan Buat Tak Endah Tentang Keputihan

By Zahirah Dzahir - 5/29/2020 03:20:00 PTG

Assalamualaikum..

Sedikit info dari Dr Erna Nadia

MAHKOTA

Ramai juga yang bertanya tentang KEPUTIHAN

' erna, bawah tu ada banyak putih la. Gatal sangat sangat.'

' doktor, saya punya tu kan ada putih putih, macam cair cair sikit. Bau takdak la sangat tapi gatal la.'

' babeee, aku punya tu kan putih dia macam tebal sangat, gatal jangan cakap la pstu bau dia macam ikan hanyiaq ( hanyir). Nasib aku belum kahwin lagi, kalau tak konfem laki aku ceraikan aku sebab bawah tu hanyiaqq gilaaa.'

-----------

Ramai je kan perempuan/ wanita/ gadis yang ada masalah keputihan ni.

Normal ke eh?

Rasanya semua wanita pernah mengalami masalah keputihan ini. Cumanya banyak atau sikit, busuk atau tiada bau, putih kuning atau kehijauan. Lama atau sekejap. Selalu atau sekali dua.

Keputihan ini adalah berfungsi untuk membersihkan dan melindungi miss v dari jangkitan kuman atau iritasi( luka dan sebagainya).

Keputihan ini akan membawa keluar sekali sel sel mati bersama bakteria atau virus atau fungus sehingga miss v kita kekal bersih.

Yang membezakan setiap keputihan adalah dari segi :

-jumlah
-warna
-kelikatan
-bau
-jangka masa keputihan tu.

Penyebab kepada keputihan adalah :

- Mengandung
- Penggunaan antibiotik atau steroids atau jamu
- Penggunaan ubat perancang
- Datang bulan
- Jangkitan kuman
- Kurang penjagaan kebersihan miss v
- Kencing manis yang tidak terkawal
- Kanser rahim/vagina
- Sexually transmitted diseases (penyakit kelamin)
- Penggunaan vaginal wash/perfume
- Masalah dalam rahim

Keputihan yang normal adalah :

-bewarna kuning muda atau seakan putih
-tidak berbau
-tidak likat/pekat
-tidak gatal
-tidak melebihi tiga hari.

Jadi, jika anda mengalami keputihan yang berlainan dari yang normal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Saya dah rumuskan jenis jenis keputihan di dalam gambar di bawah. Harap ianya membantu dan boleh difahami
( maaf tulisan tak comel sangat)



Berhati hati jika keputihan itu disertai dengan luka atau ruam ruam dia kawasan genital kerana takut ianya adalah herpes(penyakit kelamin).

Proses diagnosis adalah biasanya dengan sejarah/cerita yang disampaikan ( berdasarkan jenis keputihan dan risiko risiko), pemerhatian, pengambilan sampel keputihan, sampel air kencing.

Adalah dicadangkan anda melakukan ujian PAP SMEAR bagi yang telah berkahwin atau bagi yang sudah melakukan hubungan intim walaupun belum berkahwin.

Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang dah dilakukan. Jika ianya disebabkan bakteria, antibiotik akan diberikan. Jika virus maka antivirus akan diberikan dan sebagainya.

Jangan memandai mandai beli sendiri ubat keputihan di farmasi. Berjumpa dengan doktor dahulu untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Anda sendiri juga perlu menjaga miss v anda agar kekal bersih.

1. Bersihkan miss v setiap kali selepas buang air kecil atau besar.
2. Mengelakkan memakai spentot/underwear yang ketat.
3. Mengelakkan memakai seluar yang ketat dalam jangka masa yang lama.
4. Tidak perlu menggunakan miss v wash kerana pH akan berubah.
5. Seeloknya basuh dengan air suam.
6. Menggunakan pakaian dalam dari jenis cotton dan lembut.
7. Jika anda pesakit kencing manis, kawal gula anda. Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keputihan.
8. Bersihkan miss v setiap kali selepas bersama dengan suami.
9. Janganlah bertukar tukar pasangan.
10. Rajin rajinkan lah menukar tuala wanita atau panty liners anda. Janganlah pakai yang sama dari pagi sampai tengah malam.
11. Jangan menggaru garu miss v anda
12. Jangan menyembur apa apa pewangi ke miss v anda.
13. Jangan ambil steroids atau ubat berasaskan steroids melainkan jika perlu ( atas arahan doktor)

Ingat, kebersihan itu penting.
Jika anda malas, penyakit akan rajin datang kepada anda.

Tak perlu membazir membeli miss v wash atau perfume atau perapat atau apa sahaja ubat online yang karut marut tu.

Miss v tak akan bertukar menjadi miss w ( world) pun walaupun dia tiada keputihan. Jaga dan pelihara elok elok. Mahkota kita tu

Ada sebabnya kenapa islam menggalakkan kita pakai yang longgar longgar dan pentingkan kebersihan

 “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim)

Nota kaki : miss v kita adalah mahkota kita sebagai wanita. Jangan biarkan mahkota kita dirampas kuman!💪🏻

kredit Dr. Erna Nadia

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!

  1. perkongsian ilmu yang bagus patut dicoba #90

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Ramai wanita yang segan membincang tentang perkara ni

    BalasPadam