Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri , Info & Link Pembayaran Secara Online

By Zahirah Dzahir - 4/29/2020 01:01:00 PTG

Assalamualaikum..

Dah masuk ramadhan, salah 1 perkara yang wajib kita buat adalah bayar zakat. Jangan jadikan cuti PKP ni sebagai alasan kita tak boleh bayar zakat. Sebabnya la, pembayaran zakat di negeri masing-masing boleh dibayar secara online. Mudahkan.

Zakat fitrah adalah fardhu ain dan wajib ke atas semua umat Islam sama ada lelaki atau pun wanita yang berkemampuan membayar zakat.


Berikut adalah syarat-syarat wajib zakat fitrah:
  • Sesiapa sahaja yang memiliki harta / makanan yang melebihi keperluan tanggungannya pada malam raya dan pagi raya
  • Anak yang dilahirkan sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Muallaf yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya wajib mengeluarkan zakat fitrah ke atas dirinya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Turut dikongsikan link pembayaran online dan info bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah anda.

Kadar Zakat Fitrah 2020

Zakat fitrah dibayar melalui kaedah pemberian makanan asasi seperti beras. Kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya.

Kadar zakat fitrah juga bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah.
  1. Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
  5. Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Berikut adalah kadar zakat fitrah 2020 mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia.

NEGERIKADAR ZAKAT FITRAH (RM)
Perlis7.00
Kedah5.00, 7.00, 14.00, 21.00
Pulau Pinang7.00, 16.00
Perak7.00, 14.00, 21.00
Selangor7.00, 14.00, 21.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan5.00, 7.00
Negeri Sembilan7.00
Melaka7.00, 14.00
Johor7.00, 10.00
Pahang7.00
Kelantan7.00
Terengganu7.00
Sabah6.00, 7.50
Sarawak7.00

Link Pembayaran Online

Berikut adalah link pembayaran online zakat
  1. Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
  2. WP : zakat2u.com.my/payment/fast
  3. Kedah : jom.zakatkedah.com.my
  4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L
  5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
  6. Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
  7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
  8. Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/
  9. Pahang : bit.ly/2KljrRA
  10. N9 : bit.ly/3eEbyEB
  11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E
  12. Johor : fitrah.maij.gov.my
  13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp
  14. Sabah : bit.ly/3bucJo

Lafaz Niat Zakat Fitrah

Berikut adalah akad lafaz niat zakat fitrah di antara pembayar zakat dan penerima / amil.

Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat:
“Inilah zakat fitrah sebanyak RM… yang wajib bagi diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat / Amil:
“Saya terima zakat RM… yang wajib bagi diri tuan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Bayaran zakat fitrah hendaklah dibuat kepada amil bertauliah yang memiliki kad kuasa amil dari Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Nak tahu Info dengan lebih lanjut tentang proses pembayaran zakat fitrah untuk negeri masing-masing, boleh klik link yang disertakan di atas mengikut negeri dan boleh juga hubungi ke Pejabat Agama ataupun layari portal JAKIM untuk dapatkan maklumat emel dan nombor telefon pejabat agama masing-masing.

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!