Tip Dan Doa Meninggalkan Rumah Ketika Bercuti Dari Dimasuki Pencuri Dan Dijauhi Dari Malapetaka

By Zahirah Dzahir - 6/29/2019 11:08:00 PTG

Assalamualaikum


Masuk ja musim cuti sekolah atau cuti perayaan, sesetengah dari kita akan tinggal rumah. Tak kisah la, balik kampung, melancong atau pun terlibat dengan pelbagai aktiviti lain. Masa ni rumah akan tinggal kosong maknanya tiada siapa akan ada di rumah. Jadi, kita kena ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan keselamatan rumah kita


Ada beberapa tips dari PDRM dan doa yang boleh kita ikut agar dijauhi dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
 Image result for tips elak rumah dimasuki pencuri



TIPS ELAK KEJADIAN PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.

2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.

3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1.Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2.Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3.Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

4.Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5.Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6.Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7.Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.

8.Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

10.Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11.Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

12.Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

13.Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
 
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

1.Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

2.Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.

3.Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.

4.Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.

5.Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Jangan lupa sebelum melangkah keluar, baca doa dulu yaa. Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan. Doa-doanya ialah..


Image result for ayat kursi 


Image result for doa keluar rumah abu darda

DOA ABU DARDA 
(UNTUK SELAMATKAN DIRI, 
KELUARGA & HARTA DARI MALAPETAKA)

Image may contain: 1 person, standing and text


Rasanya yang ni saja tips yang dapat Mommy kongsi. Kalau korang ada tips-tips lain boleh berkongsi di ruang komen.

Moga hati kita tenang bila kita tinggalkan rumah dan semuanya akan dipelihara Allah SWT.



~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

3 orang berborak di sini!

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam