Tip Dan Doa Meninggalkan Rumah Ketika Bercuti Dari Dimasuki Pencuri Dan Dijauhi Dari Malapetaka
By Zahirah Dzahir - 6/29/2019 11:08:00 PTG
Assalamualaikum
Masuk ja musim cuti sekolah atau cuti perayaan,
sesetengah dari kita akan tinggal rumah. Tak kisah la, balik kampung, melancong
atau pun terlibat dengan pelbagai aktiviti lain. Masa ni rumah akan tinggal
kosong maknanya tiada siapa akan ada di rumah. Jadi, kita kena ambil langkah
berjaga-jaga untuk pastikan keselamatan rumah kita
Ada beberapa tips dari
PDRM dan doa yang boleh kita ikut agar dijauhi dari dimasuki atau dicerobohi
oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

TIPS ELAK KEJADIAN
PECAH RUMAH
Bila kes pecah rumah
sering berlaku?
1. Ketika penghuni
tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap
kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada
tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana
mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1.Kunci pintu dan
tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2.Jangan sembunyikan
kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar
rumah.
3.Jangan tinggalkan
nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4.Hentikan hantaran
pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5.Pasang semula
manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun
penyewa rumah bertukar.
6.Elakkan dari
memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7.Simpan tangga dan
peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8.Wujudkan suasana
rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
(guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian
telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem
pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10.Sertai program
kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama
antara komuniti dan polis.
11.Berikan nombor
talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12.Pastikan
kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang
boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13.Pastikan sekitar
kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh
untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan
bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1.Pintu utama dan
pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan
sistem kunci yang berkualiti.
2.Pasang door viewer
dan penyelak di pintu utama.
3.Pasang jeriji
(grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4.Pasang lampu (guna
lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk
kawalan di luar rumah.
5.Pasang alat
keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
Jangan lupa sebelum
melangkah keluar, baca doa dulu yaa. Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan. Doa-doanya
ialah..



DOA ABU DARDA
(UNTUK SELAMATKAN DIRI,
KELUARGA & HARTA DARI MALAPETAKA)

Rasanya yang ni saja
tips yang dapat Mommy kongsi. Kalau korang ada tips-tips lain boleh berkongsi
di ruang komen.
Moga hati kita
tenang bila kita tinggalkan rumah dan semuanya akan dipelihara Allah SWT.
~~~~~~~~~
Mommy Ira
3 orang berborak di sini!
Terima kasih atas perkongsian
BalasPadamNumpang promo ya Admin^^
BalasPadamajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajoqq^^com...
segera di add Whatshapp : +855969190856
Terima kadih
BalasPadam