SUP AYAM KAMPUNG BEREMPAH Yang Memang Sedap

By Zahirah Dzahir - 3/18/2019 04:40:00 PTG



Assalamualaikum

Sup Ayam Berempah makan dengan nasi. tak pun hirup masa panas-panas.. perghh.. sedap. Sup ni sesuai jugak kalau nak cicag dengan roti. Ada juga yang kata sup ni lebih kurang acam sup mamak. Apa pun Mommy dah besa buat, memang sedap. Mommy share dari fb kak Atie Jumaat


SUP AYAM KAMPUNG BEREMPAH

Bahan
Ayam Kampung 1 ekor (belah)
Rempah Sup (mak siti) 4sb
Gula melaka 3sb
Kuib pati Ayam 2
Serai 1 batang (ketuk)
Tomato 3 biji (belah 4)
Daun sup
Bawang goreng

Bahan Tumis
Kayu manis 2 batang
Bunga lawang 4 kuntum
Buah pelaga 5 biji

Bahan Kisar
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 bij
Halia 1 inci
Cili padi 3 tangkai
(kisar kasar, jgn halus sangat)

Penyediaan:
1) Panaskan minyak..Taruk bahan
tumis..pastu taruk bahan kisar..
tumis sampai wangi..Pastu taruk
rempah sup..

2) Masukkan Air 6 cawan..penuh
periuk pun takpe..Pastu masukkan
ke semua bahan..masak sampai
mendidih..

3) Dah mendidih slowkan api yg
paling kecik..Renehkan sup selama
1 jam..sedia dihidangkan.. tabur
daun sup dan bawang goreng 😊

siappp..

~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!