Assalamualaikum..
**********************************
*Bahan-bahan
Ketam 3 ekor (potong 2)
Telor masin 4 biji (rebus/hancur2kan)
Daun kari 6 tangkai
Bawang putih 1 sanggul (cincang)
Cili padi 5 tangkai (cincang)
Butter 3sb
Susu segar 1/2 cawan
Tepung jagung 1sb
Gula perang 1sb
*Caranya
1) Goreng ketam terlebih dahulu..
letak tepi dulu..(bersihkan kuali)
2) Panaskan kuali..masukkan butter..
Tumis bawang dan cili hingga kuning.
taruk daun kari..
3) Kemudian masukkan telor masin..
susu..gula secukup rasa..
4) Masukkan ketam dan tepung jagung,
air sikit.. kacau2 hingga semua bahan
mesra... siap.... 😀
Nak tengok menu yang best²..boleh terjah fb Atie Jumaat..
6 orang berborak di sini!
sedapnya!boleh cuba pasni!hehe
BalasPadamCuba gee..sedap nii tambah pulak ketam..lagi sodappp..
Padamadudu menggugat iman ni. feveret saya telur masin so apa lauk yg ada telur masin semua jadi sedap ;)hihi
BalasPadamTelur masin lagi sedap..tambah pula makan dengan nasi panas²..sedappp..😊
Padammenu ni simple kalo yang guna telur masin semua sedap kan ,mengidam ketam plak..
BalasPadamMenu kalau dengan telur masin mmg sedap..makan dengan ketam lagiiii sedap..😊
Padam