Mudahnya Raya dengan Traveloka!

By Zahirah Dzahir - 6/26/2018 06:23:00 PTG

Assalamualaikum..

Mudahnya Raya dengan Traveloka! | Hai..puasa dah raya pun dah..selamat hari raya semua. Kebetulan raya jatuh dalam cuti sekolah. Confirm ramai yang ambil kesempatan pergi bercuti. Ada yang guna laluan darat ada yang guna laluan udara. Tak mau kelam kabut, sebelum balik mesti korang dah plan semuanya macam untuk balik kampung untuk raya 2018 ni dan plan untuk pergi holiday. Tapi macam yang kita tahu nak balik beraya ka nak pergi holiday ka mesti kena tempah tiket kapal terbang dan hotel dulukan. Betul tak ?

Tak payah susah hati dah. Korang pernahkan tengok iklan Traveloka. Ala yang selalu keluar kat tv tu. Tahukannn. Raya baru lepas ni, Traveloka ada menyediakan tawaran yang sangat hebat untuk korang beli tiket dengan harga mampu beli.

Korang tahu apa tawaran Traveloka untuk raya baru² ni ? Meh sini nak bagitahu. Tawaran yang sangat hebat untuk korang beli tiket dengan harga yang lebih berpatutan.

Traveloka ada buat 10% off bagi deals yang korang ambik. Tak kira untuk flights atau hotels. Kiranya, korang kene book dari 21 May sampai 4 Jun je. Jangan risau, sebab waktu time utk flight dengan hotel tu bila-bila guys.


Tapi la ada juga sesetengah dari kita `yang jenis memang raya je keluar berjalan. Al maklumlah kan, ni antara cuti yang panjang kan. Ada yang memang amik kesempatan pergi jalan jauh. Korang mesti nak feeling rasa raya di perantauan kan? Ye la. Bukan semua orang dapat rasa jauh-jauh rasa rindu nak makan makanan raya aidilfitri. Tapi takpe guys, bukan selalu. Sekali sekala kan nak dapatkan pengalaman baru. Pengalaman yang tak semua orang rasa. Boleh amik gambar pakai baju melayu ke baju kurung dekat overseas. Pastu post gambar caption ala-ala salam perantauan gitu. Lagi best kalau ajak semua family termasuk mak ayah pergi travel raya sekali.


Macam Mommy memang raya di Alor Setar. Jalan-jalan beraya rumah saudara mara n kawan-kawan ja. Kali ni ramai yang balik sampai jem Alor Setar. Ada juga yang kata nasib baik balik beraya kat Alor Setar, naik flight. Semuanya tempah melalui Traveloka. Kata depa, mudah buat tempahan melalui Traveloka.

Tapi, tak kisah kalau korang nak pergi sorang ke, berdua ke ramai-ramai ke. Apa pun jangan susahkan diri korang dengan nak kena survey setiap benda. Kalau tak, korang kena survey hotel satu-satu, flight pun korang kena selalu check untuk tengok mana yang paling murah. Kenapa susahkan diri korang guyssss. Tak payah susahkan, sebab apa? Traveloka kan ada. Mudahkan diri korang tu. Boleh menjimatkan masa korang pun kan. Eh bukan masa je. Duit korang pun jimat .

Kiranya, sebelum raya tu, korang tak payah risau dengan harga tiket yang melambung..tiket mana hotel mana yang murah.
Jadi , kalau korang tak mau terlepas apa² promosi hebat dari Traveloka kena la daftar cepat kat http://www.traveloka.com. Lagi mudah dah daftar kita langgan newsletter dari Traveloka. Apa yang akan dapat bila dah langgan newsletter..kita akan dapat info tentang promosi  untuk tempahan tiket penerbangan domestik dan luar negara dan untuk penginapan yang bermula dengan 1 bintang sehingga ke 5 bintang di Jepun, Kemboja, Vietnam, Singapore, Malaysia, Thailand dan Laos.


Nak lagi mudah, korang install  ja aplikasi Traveloka kat henset. Kalau korang install aplikasi Traveloka , korang boleh dapat harga lagi rendah daripada laman web dan korang boleh akses walau di mana sahaja korang berada. Lagi mudah kita tak perlu  mencetak e-tiket dan juga baucer hotel . Aplikasi Traveloka boleh mengakses semua butir butir tempahan , e-tiket dan juga baucer hotel hanya melalui peranti korang. Dengan syarat kena sign up traveloka dulu..


Haa. selain dari hari raya baru lepas ni, Traveloka juga ada membuat pelbagai promosi serta kempen di aplikasi Traveloka bersempena perayaan - perayaan yang ada di Malaysia. Tapi tak semestinya untuk bercuti dan perayaan saja. Kalau korang ada kerja di outstation pun boleh gunakan Traveloka ini.

Mudah bila ia hanya di hujung jari korang. Lagi mudah lagi la senang untuk korang tempah penginapan dan tiket penerbangan . Tempahan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Traveloka.  






Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman sosial Traveloka di bawah:-

Facebook: Traveloka

Web : Traveloka
Ig : Travelokamy


Jom kita travel bersama Traveloka

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

4 orang berborak di sini!

  1. Jom bercuti... hehe... senang skang traveloka ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn..mudah dengan traveloka..pilih ja date yg kita nak pi..

      Padam
  2. baru tadi aida klik klik traveloka.
    end of the year nak bwk anak ke langkawi in shaa Allah :)

    BalasPadam