Rahsia Dapur Orang Lama Yang Perlu Kita Tahu

By Zahirah Dzahir - 4/20/2020 09:48:00 PG

Assalamualaikum..


Setiap rumah mesti ada dapur..kalau tak dak dapur macam mana nak masak. Sebelum masuk dapur kita mesti kena tau serba sikit ilmu dan cara apa yang perlu buat di dapur. Ini untuk memudakan kerja kita di dapur.

Kalau orang lama dulu baba-bab dapur ni kira expert habis. Selalunya ilmu dapur tu  akan diperturunkan  untuk anak cucu mereka. Mungkin ada yang dah tau cara-cara ni dan pasti  cara yang digunakan setiap antara kita agak berbeza.  

google
 
1. MEMEKATKAN SUP@KUAH


Bila tengah masak ni, kadang-kadang kita terlajak tambah banyak air hingga kuah tu jadi cair. Ada petua yang kata buh tepung untuk pekatkan kuah tapi tak semua yang bole buh tepung. Macam Sup salah 1 cara nak memekatkan sup, masukkan sedikit ubi kentang yang telah direbus, kemudian dilenyek. Inshaallah kuah sup tu akan pekat.
2. CABAI MESIN / CILI BOH TAHAN LAMA

Yang ni memang kita akan simpan lama dalam peti ais. Macam Mommy rebus dulu cabai kering..basuh..baru blend isi dalam bekas.. simpan dalam peti sejuk. Cuma masa kita nak guna cabai mesin tu jangan campur sudu yang kita dah guna. Inshaallah memang tahan lama. 
Cara yang lain, panaskan minyak dan masak balik cabai mesin tu sampai pecah minyak. Isi dalam bekas simpan dalam peti sejuk.
Kalau yang rajin, nak guna baru nak buat. Kalau yang malas buat berulang kali boleh bat untuk stok. Kalau yang tak mau buat langsung..beli ja kat kedai..ada yang jual siap dah.

3. KUALI MELEKAT
 
Rasanya semua ada masalah kuali melekat ni. Selalunya jadi bila kita goreng sesuatu. Kadang-kadang basuh berkali-kali pun dok melekat lagi. Yang Mommy baca..masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan untuk tak bagi melekat.
Ada juga cara, lepas guna kuali tu..basuh/sental dengan sabun serbuk fab atau sabun buku mandi . Tapi kena tengok juga kuali tu jenis mana yang sesuai dengan sabun-sabun tu. Salah 1 cara yang lain, kuali hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

4. UBI KENTANG TIDAK LEBAM 

Ada yang sebelum masak, nak guna ubi kentang..kupas awal. Tapi kalau dibiar lama ubi kentang tu akan jadi lebam. jadi, lepas kupas ubi kentang..rendam 
dalam air bersih sehingga kita nak memasaknya. Cara ni boleh juga terung, carrot dan yang sama dengannya.

5. SUDU, GARPU BERKILAT

Rendam sudu, garpu atau pisau ke dalam bekas berisi air dan kulit nanas selama beberapa jam. Basuh set tersebut dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas dengan menggunakan air bersih. Kemudian rendam lagi dalam air campuran asam jawa atau asam keping selama sejam. Lap dengan kain lembut hingga kering. Kemudian sapukan minyak masak dan jemur di bawah terik matahari selama beberapa jam.


6. MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK
 
Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari.

7. MENGEKALKAN WARNA SAYUR HIJAU
 
Mudah saja, rendam sayuran hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain dengan air garam..biar beberapa minit..basuh..simpan dalam bekas/plastik yang kedap udara @ zip lock bag. Boleh juga guna teknil plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk.
 
8. MENGELAK MINYAK MASAK BERBAU 
 
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

9. CARA SIMPAN DAGING 

Tanggalkan pembalut asal daging dan bersihkan kotoran. Ambil aluminium foil dan balut daging dengan kemas dan tebal. Masukkan daging ke dalam plastik zip lock dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Hasilnya daging mampu disimpan lebih dari dua bulan tanpa menjejaskan kualiti dan rasanya.

Ok..yang ni saja yang Mommy nak kongsikan. Ikutkan banyak lagi tips dan petua tentang rahsia dapur ni. So kalau ada yang nak tambah tips yag sesuai boleh komen kat bawah. Nanti Mommy akan update entry ni k.

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!