Tips Putihkan Kulit Ketiak Hitam Dengan Timun & Kunyit.

By Zahirah Dzahir - 4/02/2016 05:02:00 PTG

Assalamualaikum..

Jangan risau, anda boleh atasi masalah ini dengan menggunakan bahan alami yang boleh kita manfaatkan untuk memutihkan ketiak hitam atau gelap. Bahannya mudah iaitu kunyit dan timun.

1. Buat masker dari dua bahan alami ini.

2. Caranya, sediakan 2 sdm kunyit serbuk atau kunyit yang telah dihaluskan dan 3 sdm mentimun yang sudah dihaluskan.

3. Campurkan dua bahan alami menjadi satu dan adun rata sehingga membentuk pasta atau masker. Jika sudah menjadi masker, sapu di ketiak.

4. Sapukan secara rata ke bahagian ketiak yang hitam atau gelap. Urut lembut dan biarkan selama 20 minit.

5. Kemudian terus bilas ketiak dengan air bersih. Untuk hasil yang maksima, lakukan cara ini sekurang-kurangnya setiap dua hari sekali.

Kandungan antiseptik yang ada pada kunyit dipercayai boleh mencerahkan kulit dan menjaga kulit ketiak tak mengalami iritasi.

Antiseptik ini juga boleh buat kulit ketiak semakin bersih dan tidak kembali kusam, hitam atau gelap.


Nutrisi timun yang ada di dalamnya pula boleh melembabkan kulit dan menyegarkan kulit. Timun yang bersifat dingin juga akan jadikan kulit ketiak terasa segar.

Selamat mencuba

 

Mingguan wanita


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!