Kisah Cinta Pertama Seorang Anak

By Zahirah Dzahir - 4/01/2016 05:41:00 PTG

Assalamualaikum..


(KISAH CINTA PERTAMA SEORANG ANAK).

Seorang bayi dilahirkan ke dunia yang serba baru dalam keadaan yang sungguh 'helpless'. Bayi yang baru dilahirkan sering rasa 'insecure' dan memerlukan perlindungan daripada ibu untuk mententeramkannya.

Kerana keperluan inilah, dan dengan kuasa dan rahmat Allah SWT, sejenis hormon yang dinamakan oxytocin dirembeskan ketika ibu mengandung dan menyusu dan juga ketika bayi dilahirkan, untuk membina pertalian dan kasih sayang (bond) semulajadi antara ibu dan anak.
Oxytocin inilah yang membuatkan kita tidak jemu-jemu dan ketagih mencium bayi kita, yang baunya kita katakan 'bau syurga' smile emoticon . Kadang-kadang kita rasa hendak gigit gigit bayi bukan kerana 'abusive' tetapi terlampau geram kerana sayang. Bayi juga sentiasa tercari-cari kita dan tidak boleh langsung kita berenggang sedikit daripada sisinya kerana bayi juga kenal dengan bau kita. 

Inilah penangan Oxytocin. 

Semakin banyak sentuhan kulit antara ibu dengan anak, semakin banyak oxytocin dirembeskan. Semakin kita menyusukan anak, semakin banyak oxytocin terbina.
Maka semakin membaralah kasih sayang antara kedua-duanya. 


Inilah kisah cinta agung dan kisah cinta pertama seorang anak.

Kisah cinta ini akan berterusan insya Allah selagi ada sentuhan, belaian dan kasih sayang.

Oh ya, ayah jangan terasa hati. Sebenarnya tahap oxytocin ayah juga meningkat apabila ayah banyak membelai dan menyentuh bayi. Semakin membelai, oxytocin ini menyebabkan ayah menjadi semakin 'involved' dalam kehidupan bayi dan berterusan 'involved' sebagai ayah mithali. Insya Allah.

Tanpa sentuhan, tanpa belaian, tanpa kasih sayang, tanpa 'connection', muncullah hormon 'antagonis' yang menyebabkan 'stress' dalam bayi dan anak-anak, iaitu cortisol.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!