"Anak Kecil Kena Tidur Awal" Pesanan Dari Dr. Rusyainie

By Zahirah Dzahir - 3/21/2016 04:26:00 PTG

Assalamualaikum..

 
Rusyainie Ramli


Saya di kedai makan kesukaan saya. Sudah lewat jam 11 malam. Tapi saya di sini kerana menunggu kepulangan buah hati saya yang akan tiba sebentar lagi. 

Saya pelik dan hairan... masih ramai kanak2 berkeliaran dengan ibubapa mereka di jam yang lewat begini. Ada yang siap dengan berpakaian baju tidur. Bukankah anak2 kecil ini patutnya sudah lena dibuai mimpi indah. Budaya tidur lambat ini yang peliknya memang hanya berlaku di negara kita agaknya. Pernah sekali kawan saya yang berbangsa asing dari luar negara datang ke rumah. Dia terkejut kerana anak2 saya tidur lambat. Tidur lambat itu maksudnya jam 9 malam. 9 malam itu sudah terlalu lambat buat dia. 

Saya sangat pentingkan waktu tidur awal setiap kali saya duduk berbincang dengan ibu2 di klinik saya. Kalau anak2 itu belum bersekolah memang saya beritahu, anak2 mesti tidur pukul 8 malam. Bila anak2 tidur awal, ibu yang sudah seharian kepenatan menjaga dan mengasuh anak2 punya masa untuk menarik nafas hela. Masa anak2 tidur itulah untuk ibu 
menyelesaikan kerja yang rumah yang asyik tertangguh. Maklumlah, rumah macam kapal pecah keadaannya, pinggan mangkuk penuh di sinki, kain bertimbunan. Masa itulah ibu boleh duduk menghirup secawan kopi panas dan menikmati masa untuk dirinya sendiri tanpa riuh rendah suara anak2 yang mengomel mahukan setiap cebisan tenaga ibu. 

Masa anak2 tidur awal itulah untuk ibubapa duduk bersama2 meluangkan masa untuk satu sama lain. Kadang2 akibat dibebani dengan tanggungjawab masing2, ibu dan bapa terlupa yang mereka itu adalah pasangan kekasih. Mereka terlupa yang kehidupan rumah tangga itu dibina atas dasar kasih sayang 2 insan. Masa berdua itu penting bagi memastikan ikatan yang dibina itu kukuh selamanya. Kalau masa untuk diri sendiri pun tiada, usah bicara tentang masa untuk pasangan masing2.

Ada teknik untuk didik anak2 tidur awal. Teringat saya bila saya mempelajari teknik untuk menidurkan anak sewaktu anak sulung saya berusia 1 tahun dan saya ada masalah untuk memastikan dia tidur awal. 

Kawan baik saya mengajarkan saya ilmu itu. Kanak2 perlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran pemikiran mereka yang baik. Kita yang pilih untuk menjadi ibubapa jadi terpaksalah kita korbankan keinginan untuk keluar makan malam2 sekiranya kita ada anak2 kecil. Kalau mampu boleh dapatkan penjaga untuk mengawasi anak2 yang sedang tidur sekiranya kempunan sangat nak keluar malam2. 

Yang penting, anak2 itu tidak sepatutnya diheret keluar sekali dan dikorbankan masa tidur mereka hanya untuk kita memenuhi keinginan kita.

kredit fb Rusyainie Ramli

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!