'Terima Kasih Ya Allah Kurniakan Bidadari Yang Amat Kucintai' - Ustaz Ebit Lew

By Zahirah Dzahir - 12/27/2015 01:33:00 PTG

Assalamualaikum..


Ebit Lew


" Terima kasih ya Allah kurniakan bidadari yang amat kucintai. Betapa hati ini mencintai dan menyayangimu. Dari hari pertama berkenalan dan berkahwin sudi berkorban buat suami. Sudi menerima suami yang miskin, gaji kecil, sanggup jual emas dan habiskan duit buat suami. Rumah tiada, kereta tiada, simpanan bank langsung tiada. 

Tidak pernah minta apa-apa untuk diri. Tak pernah merungut. Tak pernah menuntut. Tak pernah susahkan hati suami walaupun sedikit..Ya Allah terima kasih atas pemberian bidadariku ini. Takper abang, kita ada Allah. Bila suami kehilangan pekerjaan terus beri semangat. Peluk suami. Senyum dan kata takper abangkan selalu cakap kita ada Allah. Allah jaga orang jaga agama. Abang kuat berusaha. Rajin berusaha. Jaga agama pasti Allah bantu..


Terima kaseh sayang. Sanggup berulang alik jauh-jauh bawa anak kecil menjaga dan menziarahi ibu saya yang tercinta. Tak pernah berkira langsung. Tak pernah melawan. Melihatnya menyejukkan hati. Ya Allah.. betapa sayang pada ibubapa mertuanya...

Sayang selalu kata kita bukan hidup untuk dunia. Kita hidup untuk Allah. Redha Allah. Sanggup berhenti kerja setelah belajar begitu lama. Demi menjaga anak-anak dan demi suami untuk Redha Allah..ya Allah...

Berusaha menjaga aurat walau di hospital dan bersalin. Menangis dalam menjaga hukum Allah. Kerana cinta. Separuh mati bersalin melahirkan 4 orang anak. Berkali-kali jatuh cinta. Ya Allah betapa susah dan sakitnya bersalin. Sayang...sayang...sayang kerana Allah...

Sayang, terima kaseh kerana memahami tujuan hidup ini yang sebenar redha Allah. Mengubah gaya hidup dan korbankan segala keinginan dalam berusaha membawa sunnah Nabi saw yang kita cintai..

Setiap malam hidupkan Al-Quran dan Ta'lim dalam rumah bersama anak-anak walaupun suami berjauhan. Mak saya selalu pesan jagalah isteri ini dengan baik kerana dia wanita yang taat dan baik. Mak pesan jaga hati wanita dalam hidupmu pasti berkat dan bahagia hidupmu. Rasul saw manusia paling baik dalam melayan ahli keluarganya.

Ya Allah betapa hati ini sayang padanya. Redhalah pada isteriku ini. Sayangilah beliau dan pertemukan kami semua dapat bercinta sehingga dalam syurga. Saling duduk berhadapan dan bertentang mata dalam syurga dengan cinta dan sayang. 

Ya Allah temukan kami dengan ibubapa dan ibubapa mertua serta semua adik beradik serta anak-anak dalam syurga firdaus. Ya Allah jadikanlah setiap hari dan waktu dalam hidup kami asbab kami semakin dicintaiMu dan asbab hidayah buat 7 bilion manusia hari ini sehingga kiamat dan keampunan buat orang yang telah meninggalkan kami-

Ya Rasullullah saw yang teramat kami cintai, sayangi, rindui. Kami akan terus berjuang sampai dapat bertemu dan mengungkapkan rasa rindu dan cinta ini. Wahai Ummul Mukminin Khadijah ra, semoga Allah temukan isteriku dan ibuku denganmu..wanita yang berjuang sehingga nafas terakhir dalam hidupnya tanpa ada ruang kesenangan lagi tanpa mengeluh. Semuanya demi suami dan kerana Allah, demi Redhanya-ebit lew "

Kalau ada yang tak kenal..Ustaz Ebit Lew  merupakan Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan & Penceramah Motivasi.

Sumber: Fb Ebit Lew

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!