Misai dan Janggut Lambang Kelakian

By Zahirah Dzahir - 11/10/2015 05:57:00 PTG

Assalamualaikum..


Misai dan janggut sejak dulu memang menjadi lambang kelelakian, namun siapa sangka ia boleh juga dihias sehingga menjadi pelbagai bentuk unik asalkan berani ‘memakainya.’

Begitulah di Kejuaraan Janggut dan Misai Sedunia diadakan baru-baru ini di perkampungan Alp, Leogang di Austria yang menampilkan pelbagai gaya unik lagi menarik.

Lebih 300 peserta dari seluruh dunia berhimpun Sabtu lalu untuk menayangkan dan merebut tempat sebagai pemilik misai serta janggut paling hebat.

Acara itu pertama kali diadakan pada 1990 dan kini diraikan setiap tahun di lokasi berbeza di seluruh dunia. Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dalam tiga kategori utama - misai, separuh janggut dan janggut penuh.







sumber harian metro

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!