Koleksi Kenangan Penghalau Hantu ED dan Lorraine Warren
By Zahirah Dzahir - 11/10/2015 06:09:00 PTG
Assalamualaikum...
Menghalau
hantu memang kerjaya yang pelik dan menakutkan. Tetapi itulah yang dilakukan
pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren sejak awal 1950-an.
Lebih
menarik lagi, kisah mereka yang terkenal seperti kes Amityville pada 1976 dijadikan
filem dan yang terbaru, The Conjuring dan Annabelle.
Filem
The Conjuring dan Annabelle mengisahkan mengenai anak patung Raggedy Anne yang
dinamakan Annabelle dan patung asal itu kini antara koleksi yang masih dalam
simpanan Lorraine di rumahnya di Monroe, Connecticut, Amerika Syarikat bersama
ribuan barangan lain.
Koleksi
mereka boleh dianggap sebagai muzium ilmu ghaib terbesar di dunia.
Pasangan
itu berkata, kaedah menghalau hantu yang mereka amalkan bukan sekadar
berdasarkan amalan dan kepercayaan agama, tetapi juga bersandarkan sains.
Mereka
mengasaskan Persatuan Kajian Psikik New England pada 1952 dan mendakwa berjaya
menyelesaikan lebih 10,000 kes sejak 60 tahun lalu.
Laman
Facebook mereka turut mendedahkan sedikit sebanyak cara mereka bekerja.
Ed
pernah berkata: “Tak perlulah cuba menipu kami bahawa rumah kamu berhantu. Saya
berupaya merasakannya jika benar.” katanya.
Ed
meninggal dunia pada 2006, tetapi Lorraine yang kini berusia 80-an masih
bekerja menghalau hantu.
Rumah
pasangan itu mempunyai pelbagai kenangan pelik, menarik dan menggerunkan.
Antaranya
cermin yang kononnya digunakan untuk menyeru makhluk ghaib, organ yang bermain
dengan sendirinya serta batu nisan kanak-kanak yang digunakan untuk upacara
pemujaan.
Pelbagai
topeng, peralatan voodoo dan barangan dari Afrika serta Mesir juga boleh
dilihat di situ.
Peralatan vodoo dan topeng
LORRAINE menunjukkan patung
Annabelle yang asal.
PASANGAN Warren mendakwa banyak barangan di
dalam
koleksi mereka berhantu.
sumber harian metro
0 orang berborak di sini!