Assalamualaikum..
Salinan paparan yang dimuatnaik oleh mangsa di laman Facebook.
Gambar bayi hanyalah gambar hiasan.
TINDAKAN seorang pelayar yang
melemparkan cacian terhadap seorang bayi yang menderita penyakit sumbing
(cleft) dikecam sebagai biadab.
Perkara tersebut
didedahkan oleh ibu bayi tersebut di laman Facebook menerusi beberapa salinan
paparan perbualan yang berlaku di antara dia dan pelayar berkenaan.
"Patutlah
sebelum ni you tak upload gambar anak you, rupa-rupanya anak you cacat.
Kesian," tulis pelayar tersebut.
Tak cukup dengan itu,
pelayar berkenan menuduh pula bayi tersebut terkena badi.
"You tak malu ke
ada anak cacat?," tambah pelayar berkenaan.
Perkongsian berkenaan
mendapat perhatian lebih 2,000 pelayar yang mengecam tindakan biadab tersebut.
"Takpa, mulut
manusia, bukan boleh tutup.. depa ni ibarat kuman je," kata Mariana.
"Kurang ajar
punya orang, biadab! Mempersenda anugerah dari ALLAH SWT," tulis Ain pula. - sinar harian
0 orang berborak di sini!