5 Langkah Atasi Hidung Berdarah
By Zahirah Dzahir - 10/31/2015 10:51:00 PG
Assalamualaikum..
google
5 Langkah Atasi
Hidung Berdarah
Oleh:Web Rapi
Jangan
takut! Jangan cemas! Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit itu
ada rawatannya! Cuma, kesedaran awal tentang pencegahan gejala hidung berdarah
perlu didedahkan supaya masalah ini dapat dihindari. Kadang-kadang perkara
remeh pun boleh buat hidung berdarah.
Ikuti
tip-tip ini untuk mengelakkan pendarahan pada hidung:-
SUHU
BADAN TERLALU TINGGI
Faktor
cuaca antara penyebab berlakunya gejala hidung berdarah pada seseorang. Keadaan
udara yang terlampau (terlalu sejuk dan panas) boleh mencetuskan hidung
berdarah. Ini kerana tubuh badan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang
naik atau turun mendadak. Rawatan pencegahan yang boleh anda lakukan adalah
dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam bagi memastikan badan
sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa
cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda.
Selain itu, anda juga boleh melakukan kaedah mudah dengan membasahkan hidung
serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.
PERSEKITARAN
Hidung
berdarah juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pencemaran.
Udara yang kotor dan tercemar akan mengganggu selaput lendir pada hidung.
Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap
rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakkannya. Keradangan
seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin boleh
menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus mengutamakan kebersihan
persekitaran rumah anda. Pastikan tiada habuk yang melekat pada sudut-sudut
rumah yang boleh menyebabkan alahan pada anda.
PENGGUNAAN
UBAT
Ubat
jenis steroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh
menimbulkan pendarahan hidung ini. Jadi individu yang tidak sesuai dengan ubat
tertentu juga boleh mengalami hal yang sama. Untuk mencegah gejala ini,
maklumkan dan mintalah nasihat doktor jika ubat tersebut tidak sesuai dengan
anda dan menyebabkan hidung berdarah.
RESDUNG
ATAU JANGKITAN
Pendarahan
hidung boleh dicegah dengan mengubati penyakit sinusitis atau resdung. Resdung
akan menyebabkan hidung anda kerap berair, gatal dan berbau yang boleh
mengundang kegatalan pada hidung. Masalah ini akan menyebabkan anda akan
menghembus hidung dengan kuat dan mudah juga terjadi seseorang yang mengalami
masalah resdung akan bersin dengan terlalu kuat. Hembus dengan perlahan dan
hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh
menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus merawat masalah resdung
dengan segera kerana masalah resdung yang teruk bukan sahaja akan menyebabkan
hidung berdarah tetapi juga boleh mengundang penyakit lain.
TABIAT
Tabiat
adalah kebiasaan yang selalu seseorang itu lakukan dalam kehidupan seharian.
Tabiat berkaitan hidung yang kerap dilakukan adalah mengorek hidung. Sekiranya
hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan
terlalu dalam. Mengorek hidung dengan terlalu kuat boleh mencederakan dinding
selaput lendir. Darah akan keluar menyusuri lubang hidung. Anda perlu
berhatihati dan sebaiknya gunakanlah pelembab atau minyak bayi bagi
membersihkan rongga hidung. Berlembutlah dengan hidung anda.
0 orang berborak di sini!