Mengapa Wanita Hamil Tidak Boleh Berkasut Tumit Tinggi ?
By Zahirah Dzahir - 5/30/2015 11:31:00 PTG
Assalamualaikum
Anda disahkan mengandung tetapi masih suka berkasut tumit tinggi? Lupakan sahaja jika anda tidak mahu ia mengganggu tumbesaran anak dalam kandungan. Walaupun berkasut tinggi nampak cantik dan menyerlahkan penampilan (terutama bagi wanita yang rendah) tetapi lebih baik anda fikirkan keselamatan diri sendiri dan ‘orang di dalam’.
Ketahui sebab utama kenapa wanita hamil tidak boleh berkasut tinggi seperti berikut ini
- Masalah kaki bengkak
- Menyebabkan varicose vein
- Mengganggu keseimbangan badan
- Sakit saraf sciatica
- Sakit punggung
sumber majalah pa n ma
Selain itu kesan dari penggunaan kasut tumit tinggi ni boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakainya..
Bahaya kasut tumit tinggi
- Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
- Pergelangan kaki mudah terseliuh.
- Sukar mengimbang berat badan.
- Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
- Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
- Peredaran darah terganggu.
- Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
- Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!