Bahayanya Lidah Boleh Menjadi PuncaTerbesar Kita Kehilangan Pahala
4/28/2020 11:47:00 PG
Assalamualaikum..
Bahaya Lidah | Kehilangan Pahala
Lidah menjadi punca terbesar kita kehilangan pahala. Di bulan Ramadhan, tidak dinafikan ramai yang memburu keberkahan Ramadhan. Masjid dipenuhi pada setiap malam dengan semangat. Kumpulan tadarus diadakan setiap hari di masjid.
Lidah yang tercela akan menyebabkan kita tergelincir dalam kalangan golongan fasik dan muflis di akhirat.
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.
Sabda Baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” (Hadith riwayat Muslim)
Ada juga sebahagian daripada kita yang begitu manis lidahnya apabila berbicara dengan orang lain tetapi tidak dengan isteri sendiri.
Kata-kata kesat dan kasar terhambur kepada isteri sendiri, sedangkan isterinya berjaga di pagi hari untuk menyediakan sahur untuk suaminya.
Ini berpunca daripada kegagalan menghayati hikmah Ramadhan. Ramadhan sepatutnya dijadikan pusat latihan untuk memupuk jiwa yang lebih tinggi nilai spiritualnya.
Persiapkanlah diri dengan jadikan Ramadhan kali ini sebagai fokus kita untuk tingkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan berterusan sehingga diluar bulan Ramadhan.
~~~~~~~~
Mommy Ira
Assalamualaikum..
Google
Rumah bukan sekadar tempat berlindung tetapi juga tempat hati terikat. Kalaulah fungsi rumah hanya untuk pulang dan pergi tidak ada bezanya dengan terminal bas. Kalaulah hanya untuk berkumpul beramai-ramai serupalah macam pasar, hanya bising dan sibuk mencari keperluan sendiri-sendiri. Tetapi jika rumah menjadi tempat penyatuan perasaan, perkongsian suka duka ahli-ahlinya dan tempat merancang impian dunia sampai akhirat sungguh rumah yang sebeginilah yang kita harapkan menjadi syurga.
Rumah yang diidamkan hati yang pilu sebagai tempat menghapuskan resah, rumah yang dihuni bukan oleh manusia saja tapi malaikat yang bersesak-sesak di ruang dan biliknya beristighfar untuk ahli rumah. Rumah yang dituangkan rahmat dari langit kerana doa dan amal soleh penghuninya. Rumah yang dijaga ketat daripada gangguan syaitan dengan ilmu agama yang membentengi jiwa ahlinya.
Membina rumah tangga ternyata bukanlah seindah cerita drama, jika suami isteri masih berperang satu sama lain jangan harap tiang-tiang rumah tangga itu kukuh. Hakikatnya, rumah adalah tempat penyatuan perasaan! Ada satu ruang di dalam al-Quran yang bercerita tentang rumah dan wanita, mengapa hanya wanita yang dimuliakan dalam ayat ini tidak lelaki?
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Surah al-Ahzab ayat: 33)
Sememangnya isteri itu tempat kepulangan suami, tempat berlabuhnya hati dan beristirahatnya jiwa suami yang kepenatan, rumah dan isteri menjadi tujuan pencarian suami setelah seharian berjuang. Keindahan akhlak seorang isteri memantulkan aura positif dalam rumahnya. Kelembutan isteri menjangkiti hati suami dan anak-anak, keikhlasannya memekarkan bunga-bunga kasih sayang di taman jiwa ahli keluarga.
Menghidupkan fungsi seorang isteri dan ibu bukannya mudah, apatah lagi jika wanita telah dijangkiti penyakit mementingkan diri sendiri. Ramai yang gagal di rumah tetapi berjaya di alam kerjaya, kejayaan itu tidak mampu membeli kebahagiaan yang hakiki apabila seorang wanita pulang ke rumah yang kosong kasih sayang, kurang perhatian, tiada penghargaan, dan sunyi keintiman. Pulang ke tempat paling dingin, pilu dan sepi bukanlah impian seorang wanita.
Mengapa fungsi seorang ibu dan isteri boleh redup tiba-tiba? Apakah dosa seorang wanita kepada keluarganya mengikut ayat tadi?
Tidak rindukan rumah
Mengapa ayat al-Quran tadi secara jelas mengarahkan para wanita tetap diamlah di rumah kamu semua. Kini ramai wanita yang keluar rumah dan lupa kembali sebagai ibu dan isteri. Mereka kembali sebagai bos atau pekerja yang menghakis sifat-sifat keibuan dan ke’isterian’ dalam diri mereka. Lupa menghargai suami, keras terhadap anak-anak sebagaimana keras kepada pekerja bawahan mereka, emosi kerja ikut dibawa ke rumah sehingga mengganggu fungsi ibu dan isteri dalam diri mereka.
Melainkan jika mereka pulang dengan penuh rasa bersalah kepada suami dan anak kerana tidak sempurna menjaga rumah tangga, berusaha melembutkan jiwa ketika menghadapi kerenah anak, memenuhinya dengan cinta bila bersama suami. Walau besar pangkat dan gaji besar lagi kerinduan mereka pada rumah. Walau mereka sibuk di medan kerjaya tetapi tidak pernah melupakan fungsi ibu dan isteri yang solehah.
Berhias jahiliah
Perhiasan menjadi kegemaran para wanita bahkan mungkin disebabkan terlalu silau mereka lupakan tanggungjawab kepada suami dan anak. Ramai yang sanggup berbelanja untuk kelihatan cantik, tak ramai yang sanggup berhabis untuk menyediakan pendidikan yang baik untuk anak. Kecantikan paras rupa jadi keutamaan sementara kecantikan iman dilupakan, keindahan agama diabaikan dan kesempurnaan akhlak diketepikan demi nafsu kejahilan diri.
Berhias amat digalakkan di dalam rumah dengan aturan yang ditetapkan agama, di luar rumah wanita menjadi fitnah bagi sesiapa yang memandangnya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga dan tidak dapat mencium bau syurga padahal baunya dapat tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Hadis Muslim)
Tingkah laku jahiliah
Perhiasan telah mendedahkan wanita pada bahaya begitu juga tingkah laku yang kurang malu dan tak segan silu. Seorang isteri wajib menjaga maruahnya di luar rumah dari segi pergaulan, percakapan dan perbuatan. Apabila isteri telah bermaksiat dia akan pulang membawa jangkitan yang serius dari segi fizikal dan mental. Keadaan ini amat mempengaruhi cara layanan kepada anak dan suami, dosa akan membunuh sikap baik anda. Dosa akan menumbuhkan nafsu maksiat yang lain, dosa menjangkiti seluruh isi rumah jika tidak dihalang dengan taubat dan ilmu yang berakar kuat.
Segalanya di tangan anda, wanita yang dipilih Allah menggalas amanah mulia dan dijanjikan syurga. Suami dan anak milik Allah, anda hanya ditugaskan menjaga mereka dan akan ditanya akan tanggungjawab itu di akhirat jua, bersedialah wahai wanita!
Sumber Dr. Haji Juanda Haji Jaya
Perunding Undang-undang keluarga Islam.
Antara Antara Waktu Doa Paling Mustajab Dan Dimakbulkan Berdoa
9/01/2019 09:03:00 PG
Assalamualaikum
6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA| Seperti yang kita tahu
Doa adalah sebahagian daripada ibadat. Setiap dari orang Muslim perlu menjaga etika dan adab ketika berdoa supaya ia dimakbulkan Allah SWT serta ibadat yang dilakukan bertambah sempurna. Antara waktu doa dimakbulkan adalah :
Doa adalah sebahagian daripada ibadat. Setiap dari orang Muslim perlu menjaga etika dan adab ketika berdoa supaya ia dimakbulkan Allah SWT serta ibadat yang dilakukan bertambah sempurna. Antara waktu doa dimakbulkan adalah :

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH
Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
2. SEMASA HUJAN TURUN
Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)
3. 2 WAKTU PADA HARI JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah.
Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:
“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)
4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR
Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,
“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI
Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.
Sabda Rasulullah SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA
Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk berdoa kepada Allah
Jom kita sama-sama amalkan doa ini
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.
Ertinya, “Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.”
Berdoa pada waktu-waktu mustajab adalah cara kita sebagai umat islam berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi. Di samping itu jangan lupa juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.
Assalamualaikum..
Mommy ada baca di fb Ustaz Hasnan tentang kenapa Allah bagi kita sakit.. mesti bersebab dan juga mesti ada hikmahnya..jom baca..
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada kesenangan ataupun kesusahan, semuanya ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Allah SWT berfirman: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Q.S al-Anbiya:35).
Ibnu Abbas mentafsirkan ayat di atas, beliau berkata: Allah akan menguji manusia dengan kesusahan dan kesenangan, kesihatan dan sakit/penyakit, kekayaan dan kemiskinan, ketaatan dan kederhakaan, halal dan haram, petunjuk dan kesesatan, kesusahan dan kemudahan (dalam riwayat lain). Semuanya adalah ujian Allah kepada hambanya.
Oleh kerana itu, jika seseorang ditimpa musibah berupa sakit dan penyakit, maka ambil hikmah di sebalik apa yang berlaku tersebut, tidak akan selesai musibah yang menimpa hanya dengan bersedih, marah, kecewa, putus asa di atas sakit & penyakit tersebut.
Adapun hikmah disebalik musibah sakit dan penyakit adalah:
1. Allah tengah menguji manusia agar lebih bersabar dalam menghadapi ujian berupa sakit dan penyakit.
2. Sebagai kifarah dosa dan kesalahan yang dilakukan manusia pada masa yang lalu.
3. Dilipat gandakan kebaikan dalam hidup manusia yang ditimpa sakit & penyakit. Kerana hakikatnya Allah ingin menambah kebaikan kepada hambanya dengan diberi ujian sakit dan penyakit.
4. Untuk mengangkat darjat manusia di sisi Allah SWT. Kerana sakit dan penyakit tersebut bertujuan untuk memberi ujian kepada hambanya agar mendapat darjat yang lebih mulia di sisi Allah SWT.
5. Untuk menyedarkan dan menginsafkan manusia di atas kesilapan jalan yang di lakukan pada masa lalunya.
6. Untuk mengingatkan manusia di atas nikmat Allah SWT yang diperolehnya dalam hidup. Yang terkadang kita kurang mensyukurinya semasa kita sihat dan kuat lagi.
7. Membersihkan dan mensucikan hati dan jiwa manusia dari berbagai penyakit rohani. Seperti penyakit sombong, ujub, dan lain sebagainya.
8. Sebagai tanda ingatan terhadap sesama manusia yang sama ditimpa sakit & penyakit. Kerana manusia selalunya akan sedar jika sakit & penyakit tersebut sudah menimpa dirinya.
9. Untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah SWT. Dengan memberi sakit dan penyakit kepada manusia di dunia, kerana jika Allah sudah menimpakan sesuatu di dunia. Harapannya tidak akan ditimpakan di akhirat.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian, dengan iman dan islam yang kita miliki serta kesabaran dalam menghadapi sakit dan penyakit. Mudah-mudahan Allah akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan.
Ya Allah berilah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi apa jua permasalahan dalam hidup kami, dan berilah kebaikan kepada kami dari musibah sakit dan penyakit yang Engkau timpakan kepada. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang Sholeh.
Aamiinn !!!!!
Semoga bermanfaat untuk semua..
Jauhi Hati Dan Diri Kita Dari Sifat Yang Boleh Buat Kita Lupa Diri
7/29/2019 11:54:00 PTG
Assalamualaikum..
Semoga hati yg ada di dalam dada kita tidak terpalit dari sifat ini... Mohonlah pada Allah agar kita dijauhi dari sifat2 ni...
- Mommy Ira -
Larangan, Bahaya Akibat Dari Hasad Dengki Dan Kenapa Kita Perlu Hindari Dari Perasaan Yang Tak baik Ini
6/19/2019 12:44:00 PTG
Imam Al-Nawawi
rahimahullah dalam kitab Riyadhus Salihin di dalam bab Haramnya Hasad
menjelaskan pengertian hasad iaitu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang
sama ada nikmat agama atau dunia. Seseorang itu dikatakan hasad apabila dia
melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain lalu dia merasa iri hati,
dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.

Kadangkala hasad ada
dalam diri tanpa kita sedar. Apabila kita tidak suka melihat nikmat pada
seseorang, hakikatnya maksud di sebalik perasaan itu adalah kita mengharap agar
nikmat itu hilang dari orang tersebut, dan inilah yang diertikan dengan hasad.
Buktinya kalau orang
itu memiliki kelebihan harta, orang yang hasad merasa benci dengan kelebihannya
itu. Apabila ditakdirkan orang kaya itu jatuh miskin, orang yang hasad menjadi
gembira. Di sini kita dapat fahami bahawa dia berharap hilangnya nikmat dari
orang tersebut.
Larangan hasad
adalah umum. Baik hasad dalam urusan dunia mahupun agama, kedua-duanya dilarang
dan kedua-duanya haram. Contoh hasad dari segi kelebihan agama misalnya dari
segi ilmu agamanya, kelebihannya mampu mengajar, ramai murid, banyak menulis
kitab, banyak beribadah, banyak bersedekah, rajin berpuasa, dikurniakan rezeki
dari Allah untuk setiap tahun pergi umrah, haji, dan seumpamanya. Ini adalah
kelebihan agama di mana orang yang hasad tidak suka melihat orang yang
dikurniakan kelebihan ini.
Adapun kelebihan
dunia, misalnya orang itu mempunyai banyak harta, rumah besar, kereta besar,
kedudukan tinggi, bangsawan, VVIP, banyak kita lihat berlaku di mana sebahagian
orang merasa tidak senang sehingga timbul persepsi negatif seperti mengatakan
orang itu rasuah, kroni, melakukan penyelewengan dan sebagainya, seakan-akan
tidak ada cara untuk menjadi kaya kecuali dengan cara tidak baik.
Hasad adalah suatu
yang dilarang bahkan termasuk dalam dosa besar sehingga orang yang hasad wajib
bertaubat daripadanya. Bahkan hasad termasuk sifat-sifat orang Yahudi. Seperti
mana firman Allah,
“Adakah mereka hasad (dengki) kepada manusia (yang
dimaksudkan adalah Nabi Muhammad) lantaran kurniaan yang telah Allah berikan
kepadanya.” (Al-Nisa: 54)

HASAD ADALAH SIFAT
KAUM YAHUDI
Orang yahudi merasa
hasad dengan risalah kerasulan yang diberikan kepada Muhammad SAW. Allah
melantik Muhammad SAW sebagai utusan Allah dan ini adalah kelebihan agama yang
Allah berikan kepada Nabi Muhammad saw. Orang Yahudi merasa benci dan tidak
redha dengannya.
Jika kita lihat
sejarah, ketika Nabi sallallahu’alaihiwasallam berhijrah ke Madinah, ternyata
terdapat orang yahudi yang menetap di sekitar Bandar Madinah ketika itu, iaitu
tiga kabilah Yahudi; Bani Qainuqa’, bani Nadhir, Quraidzah. Ini adalah tiga
kabilah yahudi yang berhijrah ke Madinah sedangkan asal mereka dari utara di
Syam.
Sejarah menunjukkan
mereka berhijrah ke Madinah lantaran apa yang mereka dapati dalam kitab Taurat
mereka di mana disebutkan tanda-tanda akan datangnya Rasul akhir zaman dan
Baginda akan datang di jazirah arab dan disebutkan ciri-ciri tempat Baginda
akan datang. Jadi orang Yahudi sudah maklum akan datangnya rasul akhir zaman.
Para rasul sebelum
Muhammad SAW semuanya datang dari kaum Bani Israil. Mereka semua datang dari keturunan
Nabi Ibrahim alaihissalam. Juga disebut dalam Al-Quran bahawa Allah memilih
Bani Israel daripada semua bangsa yang lain. Allah memilih Bani Israil sebagai
kemuliaan buat mereka. Namun kita dapat melihat apa yang dilakukan oleh
orang-orang yahudi atas kelebihan nikmat yang Allah beri kepada mereka (mereka
melanggar perjanjian dengan Allah).
Maka mereka
berhijrah ke Madinah untuk menanti datangnya Rasul akhir zaman. Dalam Al-Quran
Allah berfirman,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al
Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal
anak-anak mereka sendiri. Sungguh sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran,
padahal mereka mengetahui.” (Al Baqarah: 146)
Kita semua kenal
anak-anak kita, tidak mungkin kita tersilap. Begitulah Allah umpamakan
orang-orang Yahudi; mereka tahu sifat-sifat Rasul akhir zaman. Tidak hairanlah
bagaimana mereka menjumpai Madinah dan mereka tidak tersilap pergi ke tempat
lain. Mereka tahu bahawa Nabi akhir zaman akan sampai ke sini.
Apabila Nabi
Muhammad tiba ke Madinah, perkara pertama yang orang Yahudi lihat adalah
Baginda bukan dari Bani Israel, bukan dari bangsa mereka. Ternyata kelebihan
yang telah Allah berikan kepada Bani Israil, bahawa para Rasul semua datang
dari bangsa mereka, membuat mereka takbur, ujub, dan mereka melihat diri mereka
lebih tinggi dari orang lain. Mereka melihat mereka adalah bangsa yang dipilih
oleh Allah.
Jadi apabila Nabi
Muhammad berbangsa Arab, mereka tidak menerima kerasulan Muhammad SAW kerana
perbezaan bangsa, dan mereka mahu kelebihan risalah yang ada pada Muhammad
dihilangkan daripada Baginda SAW. Maka hasilnya adalah hasad. Ini yang kita
katakan bahawa hasad adalah sifat tercela yang sinonim dengan sifat orang
Yahudi.
Allah berfirman,
“Ramai daripada Ahli Kitab sangat mengharapkan kalau sekiranya mereka dapat
mengembalikan orang-orang yang beriman kepada kekufuran kerana perasaan hasad
yang ada pada diri mereka.” (Al-Baqarah: 109)
Kesimpulannya,
permusuhan orang-orang kafir secara amnya dan orang-orang yahudi secara khasnya
terhadap orang Islam adalah akibat perbezaan agama itu. Hal ini membuatkan
mereka sedaya upaya ingin menyesatkan orang Islam.
Mereka ingin
menyesatkan umat Islam bukan semestinya kerana mereka melihat agama mereka
benar dan agama Islam itu sesat. Bahkan ada kemungkinan kerana hasad
semata-mata. Mereka tidak redha kelebihan itu ada pada orang Islam maka mereka
ingin keluarkan orang Islam dari agama ini dan mereka tidak peduli sama ada
orang Islam yang murtad itu akhirnya masuk kristian, yahudi atau agama lain.
Kerana tujuan mereka adalah ingin menghilangkan kelebihan yang ada pada orang
Islam, yang penting adalah manusia meninggalkan Agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW.
AKIBAT HASAD
Orang yang hasad
secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa
yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang
Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan
Allah.
Sifat buruk orang
hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri
sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang
yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat
perasaan tidak puas hati itu.
Hasil dari hasad
tidak berhenti di situ, ia terus berkembang ibarat barah yang akhirnya
menimbulkan sifat permusuhan, melampaui batas, dan menzalimi orang yang dia
hasad, yang berakibat orang yang dizalimi itu akan berhak menuntut keadilan
pada Hari Perhitungan kelak kerana dizalimi ketika di dunia.
Bermula dengan
perasaan dalam hati, akhirnya dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan. Boleh
jadi kata-kata itu benar dan boleh jadi dusta. Namun oleh kerana ia lahir dari
sifat hasad, kata-katanya terhadap orang yang dia hasad itu menjadi buruk
walaupun ia benar. Ini kerana ia dibina atas asas yang batil, maka kata dan
tindakannya terhadap orang yang dia hasad itu tertolak dan dianggap buruk.
Orang yang hasad
akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada
padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang
membinasakan diri sendiri. Seperti mana diriwayatkan dalam hadis sahih di mana
Nabi pada satu hari menunggang haiwan tunggangannya dengan Ibnu Abbas
menunggang di belakangnya. Kesempatan itu diambil oleh Rasulullah SAW untuk
memberi pesanan serta nasihat kepada anak muda yang bersamanya itu. Maka
Baginda bersabda,
“Wahai anak muda,
sesungguhnya aku akan mengajarmu beberapa kalimat: Jagalah Allah nescaya Dia
akan menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia bersamamu. Bila
kau memohon maka mohonlah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan maka
mintalah kepada Allah.
Ketahuilah
sesungguhnya sekiranya seluruh manusia bersatu untuk memberimu manfaat, nescaya
mereka tidak akan memberi manfaat apapun kepadamu selain yang ditakdirkan Allah
untukmu. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak
akan memudaratkanmu kecuali yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena (yang
menulis takdir) telah terangkat dan lembaran-lembaran (tempat menulis takdir)
telah kering.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmizi)
CARA HINDARI HASAD
Maka kalau seseorang
itu dapati dirinya ada hasad kepada orang lain, hendaklah dia bertakwa kepada
Allah, kerana takwa adalah kunci segala kebaikan, sepertimana tidak ada takwa
adalah sebab segala kejahatan. Dengan taqwa kepada Allah, orang itu
mengingatkan dirinya dan melawan sifat hasad yang ada dalam hatinya itu.
Nasihat para ulama,
apabila seseorang itu dapati dirinya ada perasaan hasad, ubatnya adalah
hendaklah cepat-cepat beristighfar serta mendoakan keberkatan (kebaikan) buat
saudaranya itu. Daripada berharap agar kebaikan itu hilang daripadanya, lebih
baik mendoakan agar kebaikan itu kekal dan semoga Allah melimpahkan keberkatan
atasnya. Hal ini tidak akan memudaratkan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada
kita di sisi Allah.
Juga, antara yang
berupaya menyembuhkan penyakit hasad adalah meminta pertolongan daripada Allah,
dan melakukan sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia. Jika kita duduk tanpa
berusaha dan dalam masa sama hasad dengan nikmat yang Allah beri kepada orang
lain, dalam hal ini kitalah yang harus dipersalahkan kerana meninggalkan
sebab-sebab untuk mendapatkan kurnia Allah. Seharusnya kita menyalahkan diri
sendiri dari merasa hasad kepada orang yang Allah berikan kurniaNya.
Oleh itu, ulama
mengatakan hasad boleh menjerumuskan pelakunya kepada kufur seperti mana ia
menjerumuskan Iblis ke dalam dosa. Ia boleh menjerumuskan pelakunya kepada
membunuh sepertimana ia menjerumuskan Qabil (anak Nabi Adam) untuk membunuh
Habil, saudaranya. Sudah tentu Allah menurunkan kisah ini kepada kita supaya
kita mengambil pelajaran daripadanya serta berwaspada terhadap penyakit hasad.
Ustaz Idris Sulaiman