Makanan Cina yang Paling Disukai Rakyat Malaysia

By Zahirah Dzahir - 11/26/2020 02:27:00 PTG

 Assalamualaikum..

Tak dapat disangkalkan lagi, Malaysia ni merupakan  negara yang yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum. Dalam masa yang sama kita hidup kaya dengan pelbagai adat, budaya dan makanan.  Boleh di katakan Malaysia ni syurga makanan. Banyak pilihan yang kita boleh makan. Dari masakan melayu, masakan india, masakan western dan juga masakan cina.

Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, chinese food antara yang jadi pilihan ramai. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka kebanyakan restoran turut menyediakan pelbagai hidangan chinese food halal. Boleh la kita makan tanpa rasa ragu dan was – was.

Menariknya chinese food ni oleh di masak dengan cara mudah seperti kusus, tumis, reneh, panggang, goreng cepat dengan menggunakan api besar dan juga pelbagai cara masakan untuk mereka yang vegetarian.

Banyak pilihan yang kita boleh cuba untuk menu chinese food ni. Jom tengok antara menu-menu yang jadi pilihan.

 

#1 Mee Tarik

Mee jenis ini mempunyai tekstur berbeza pada meenya yang lebih kenyal dan memantul. Selalunya mee ini akan ditarik mirip aksi kung fu dari pakar yang diimport khas dari China, selalunya dari daerah Lanzhou.


Kota yang dulunya menjadi pintu yang menghubungkan China dengan laluan sutera sememangnya mempunyai ramai penganut Islam. Mee tarik boleh dihidang kering dengan sos mirip spagetti atau dengan sup daging yang jernih. Mee tarik boleh didapati dengan mudah di sekitar ibu kota.


#2 Dumpling

Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.  Di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Cara masak, rebus, goreng atau kukus. Boleh juga makan dengan sup dan cicah sambal.




Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao.  Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.


#3. Dim Sum

Dim sum diperbuat dari tepung gandum, tepung jagung yang dicampurkan bersama isi udang, daging, ayam serta sayuran.

Dim sum bersaiz kecil dan comel sahaja bentuknya. Boleh dimakan pada bila – bila masa juga.

 
sumber google

Suatu tika dahulu, makanan tradisional cina ini sering dihidangkan dirumah-rumah teh oleh pemilik rumah teh, memandangkan ramai petani yang akan singgah minum teh terlebih dahulu.


#4. Char Koay Teow

Salah 1  menu Chinese food yang pupular. Di mana-mana pun ada jual char koay teow ni.  Kaya dengan sumber protein, fiber dan juga zat lain. Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang, udang, kicap pekat manis, pes cili, taugeh dan telur.

sumber google

Dalam Malaysia, negeri Pulau Pinang terkenal dengan Char Kuey Teow dan tidak hairan bila mereka ke Pulau Pinang hanya untuk menikmati hidangan Char Kuey Teow yang paling sedap.


#5. Kuih Bakul

Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao. Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari. Kuih ini seakan – akan dodol, namun lebih kenyal berbanding dodol. Kuih ini juga boleh dimakan bersama nyok putih kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi  keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.


Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas untuk diberikan kepada ‘Tuhan Dapur’ supaya ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada maharaja di syurga. Kuih ini juga membawa symbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan.


 #6. Yee Sang

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari  aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik.

sumber google

Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang  akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai.  Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan.

 

Menu Chinese Food Juga Boleh Ditempah Melalui Talian Online 

Maybe ada antara kita teringin nak makan Chinese food tapi , malas nak masak, malas nak keluar.  Tak pun sibuk dengan WFH, teringin nak rasa menu baru., jangan susah hati, Foodpanda menyediakan khidmat servis food delivery terus ke rumah.



Seperti yang kita tahu, foodpanda mempunyai kawasan penghantaran yang sangat besar, jadi menu yang dipesan akan dihantar ke rumah kita. Melalui aplikasi Foodpanda, pelbagai jenis restoran yang boleh kita pilih dengan pelbagai menu Chinese food yang kita boleh pilih. Terdapat jugak pelbagai diskaun yang ditawarkan oleh Foodpanda.

Cumanya kena baca betul-betul semua detail menu di website Foodpanda, antara menu dan restauran yang  kita pilih tu sediakan menu chinese food yang  halal atau tak. Takut satgi tersalah oder dah tak boleh buat apa dah.

Jadi, bolehlah install aplikasi Foodpanda dan pilih menu-menu yang anda inginkan. Selamat menjamu selera.

" We bring great food into your everyday from the best local restaurants near you " 

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. skrg sudah ada restoran cina yg halal jd boleh la kita org muslim menikmati masakan mrka. biasanya mualaf yg jd tauke restoran halal ni...

    BalasPadam