10 Fakta Yang Kita Perlu Tahu Tentang Jururawat

By Zahirah Dzahir - 9/15/2020 11:28:00 PG

 Assalamualaikum..

Google

10 fakta tentang jururawat


MEREKA sering menjadi mangsa kemarahan dan rasa tidak senang pesakit, walhal merekalah individu yang bersengkang mata demi menjaga pesakit di hospital. Ada juga yang ambil mudah tentang kerjaya sebagai jururawat ni. Ada silap sikit ja terus di viralkan ke media sosial. 
Tetapi, jika di lihat, jururawat ni merupakan salah 1 kerja yang paling penting dalam masyarakat dan ada permintaan yang tinggi dalam mana-mana sektor kerja. Betapa banyak hospital di malaysia tak kira kerajaan ataupun swasta, termasuk klinik semuanya nakkan khidmat dari jururawat ni. Jadi jangan pandang sebelah mata kerjaya sebagai jururawat ni.
Jom baca 10 fakta tentang jururawat yang kita tahu 
1. Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)
2. Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.
3. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.
4. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi.
Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.
5. Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan moden, sebenarnya hanya bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.
6. Tarikh 12 Mei yang dipilih sebagai Hari Jururawat juga adalah tarikh kelahiran Nightingale.
7. Nightingale paling dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.
8. Antara masalah kesihatan yang kerap dialami oleh jururawat adalah sakit tulang belakang (back injury).
9. Satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki.
10. Kira-kira 41% daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.
Ia dianggap sebagai cabang kejururawatan dengan pendapatan paling tinggi.
Ok..Itu saja infoyang ingin di sampaikan tentang jururawat. Just nak share untuk semua tentang info nii. Kalau ada yang nak tambah boleh isi di ruang komen k..

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!