Garam Masala Buat Sendiri Pun Mudah

By Zahirah Dzahir - 6/04/2021 10:20:00 PG

Assalamualaikum..

Selalu kita dok beli ja Garam Masala ni. Padahal kalau kita tahu bahan² dia kita boleh buat sendiri. Garam Masala ni dia ada aroma dia sendiri. Kadang² kalau kita beli dekat kedai ada yang bau wangi rempah dia dan ada yang bau biasa² ja. Kena pandai cari dan tahu macam mana bau dia. Lagi 1 rempah yang kita buat sendiri dijamin selamat dan sedap. Selalu kita dengaq dan tengok rempah-rempah ( garam masala ) ni dari sebelah negara Arab ataupun India. Digunakan untuk masakan yang menaikkan aroma yang wangi 

Mak Tok pun suka beli Garam Masala ni. Tapi Garam Masala ni mai dari Mekah. Bila Mak Tok pi umrah salah 1 barang yang Mak Tok takkan lupa, Garam Masala. beli banyak siap-siap. Rempah Arab atau India ni depa ada bau depa yang tersendiri. Ibarat kita pi makan kat kedai depa laa. Akan ada rasa dan aroma  lagi bau wangiii..

Mommy ada jumpa cara nak buat Garam Masala kat fb Vasugi Nadarajan. Mudah ja nak buatnya. Yang penting kita ada bahan²nya.


GARAM MASALA

Bahan - bahan

1/2 cawan jintan putih(cumin seed)
1/2 cawan biji ketumbar(coriander seed)
1/2 cawan jintan manis (fennel seed)
1 sudu besar lada hitam( black pepper)
10 kuntum bunga lawang(star anise)
20 biji cengkih( cloves)
20 biji buah pelaga(cardamom)
5 biji kulit kayu manis ceylon(cinnamon)
5 biji cili kering (optional)Dry chili
10 helai daun bunga salam(bay leaf)

Caranya:-

1.Sangai dulu semua bahan tanpa minyak.
( Proses sangai "goreng"adalah penting untuk mengeluarkan rasa rempah garam masala)

2.Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan
rempah hangus dan pahit. Gunakan api yang kecil.

3. Selepas sangai masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus.

4. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara. Rempah ini boleh tahan lebih dari 6 bulan. Saya simpan dalam peti sejuk.

* kot ada yang tak tahu. Sangai tu maksudnya goreng kering tanpa minyak.

* Cawan dan sudu metrik seperti di gambar.

Kita boleh bubuh untuk masak kari, perap ikan atau ayam, tandoori ayam, briyani, sup dan sebagainya.

Boleh pakat cuba. Cuba jangan tak cuba

SELAMAT MENCUBA🥰

Thanks untuk owner resepi ni 😍

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!