Resepi AYAM MASALA Yang Mudah Dan Cukup Hanya Dengan 1 Menu

By Zahirah Dzahir - 4/23/2020 11:28:00 PG

Assalamualaikum

Sedap ayam masala ni. Mommy dah cuba buat tapi tak sempat nak ambik gambar. buat pun sikit ja. Mudah nak buat sebabnya tak payah nak buat macam-macam, campoq bahan, perang n masak. Cukup dengan 1 menu ni boleh makan dengan nasi dan roti. Menu ni buat pagi raya pun sesuai jugak nii. Boleh cicah dengan ketupat atau nasi impit. Bulam posa ni boleh cuba buat naaa..


Resepi & pic : fb kak Atie Jumaat

AYAM MASALA

BAHAN BAHAN

Ayam 1/2 ekor - potong kecik2
Tomato 2 biji - kisar
Garam Masala 1sb (brand  Mccormick )
Rempah kari 2sb
Serbuk cili 1sb
Serbuk kunyit 1sb
Daun kari

BAHAN KISAR

Bawang besar 1 biji
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 4 biji
Halia besar besar ibu jari
Jintan putih 1sk
Jintan manis 1sk

CARA MENYEDIAKAN

1. Campurkan Ayam semua bahan2 dan bahan kisar, gaul2... perap 1 jam..lagi lama lagi sedap. 

2. Panaskan minyak dalam periuk.. masukkan Ayam perap ..kacau2 sampai naik wangi..masukan garam gula secukup rasa.. air sikit ( agak-gak ) ..slowkan api..biarkan sampai ayam masak..taburkan bawang goreng...siap!!

SELAMAT MENCUBA!!

~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!