Resepi SAMBAL GORENG JAWA Makan Dengan Nasi Sedap, Ratah Sedap Yang Pasti Confirm Sedap

4/30/2019 10:01:00 PG
Assalamualaikum..

Ok, menu ni memang sedap. Mommy dah besa makan dan besa buat menu ni. Mommy dapat resepi dari Abang  Ipar  Mommy. Family dia orang jawa. Memang sedap. Ikut kita nak buh bahan apa pun. Ikut kita sedap yang mana. Resepi dah ada,  Mommya dari kak atie..makan dengan nasi sedap, ratah pun sedap yang pasti confirm sedap.


SAMBAL GORENG JAWA

BAHAN A
Tempe - Goreng
Tauhu - Goreng
Udang 
Petai
Kacang panjang
Carrot
Kobis
Suhun/tauhu kering
Lada besar merah
Lada besar hijau
Cili padi
- Semua bahan pandai2 la agak2 k

BAHAN KISAR
Cili kering 10 tangkai
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 6 biji
Halia sebesar ibu jari 
Lengkuas sikit
Serai 1 batang ambik yg putih je
Belacan sikit
- Kisar sampai halus..masa nak tumis
agak2 la ek nak ambik banyak mana..
ikut banyak mana bahan A

BAHAN C
Kicap ABC
Gula perang
Garam bukit
Air asam jawa

CARA MEMASAK
1. Tumis bahan kisar sampai betul2 pecah
minyak kemudian masukkan C...ikut citarasas k.... kacau2 kejap

2. Masukkan udang..dan semua bahan A
kecuali tempe dan tauhu... goreng kejap..

3. Akhir sekali masukkan tempe tauhu..
goreng sampai kering... siap... 

Cuba jangan tak cuba k..

Mommy Ira

2 ulasan:

  1. Sedapnya sambal goreng ni..nanti nak belajar buat la...

    BalasPadam
  2. Sedapnya. Nak masak pun senang je. Nanti nak trylah.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.