Resepi MEE RACUN Yang Pasti Jadi..

By Zahirah Dzahir - 4/15/2019 08:54:00 PTG

Assalamualaikum

Dengar nama menu pun dah seram, Mee Racun..maybe ada yang dah pernah makan ada yang belum pernah makan. Mommy pun tak pernah makan lagi. Mommy ada jumpa resepi dalam fb kak Atie Jumaat. Sapa yang nak cuba buat boleh follow resepi ni


MEE RACUN
*****************
Bahan
Mee kuning 1 paket (celur)
Daging batang pinang (agak2 dan hiris nipis)
Tomato 2 biji (belah 2)
Kiub pati ayam 1
Sos tomato 2sb
Sos cili 3sb
Gula perang (agak2)
Garam secukup rasa
Tepung jagung 1sb (bancuh air)

Bahan Kisar
Cili kering 10 tangkai
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci
Belacan 1 inci

Bahan Hiasan
Telor rebus
Tauhu goreng
Sawi (celur)
Lada merah
Lada hijau
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
Limau kasturi

•Cara Menyediakan
1) Hiris daging dan rebus sampai empuk..
letak tepi dulu..

2) Panaskan minyak..tumis bahan kisar
sampai betul2 pecah minyak..kemudian
masukkan sos cili, sos tomato, kiub ayam
dan Air dalam 4 cawan.. biarkan mendidih.

3) Kemudian masukkan daging..gula garam
secukup rasa.. buah tomato dan tepung jagung,
kacau2 sampai kuah pekat sikit.. jgn pekat
sangat k... 

4) Sedia dihidangkan bersama mee kuning..
dan letak bahan hiasan.. 

Siap..

Kredit Atie Jumaat

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!