Resepi Sandwish Sardin Yang Mudah Disediakan

By Zahirah Dzahir - 2/01/2018 11:50:00 PTG

Assalamualaikum..

Hai hangpa..dok makan sandwish ka tuu.  Salah 1 menu yang paling mudah dan cepat buat. Sandwish pulak ada bermacam jenisnya..ada sandwish telur, tuna, sardin, isi ayam n pelbagai lagi menunya. Ikut citarasa kita nak makan yang mana. 

Kadang², teringin nak makan sandwish buat sendiri ja. Tak susah mana pun nak buatnya..mudah sangat. Sandwish telur paling senang . Nak paling mudah beli yang ready made dalam tin tu. Macam Mommy suka buat sandwish sardin. 

Bahan yang Mommy  guna, sardin tin, sos cili, garam, cabai melaka, asam limau dan mayonis. Cara buat pun mudah..

first, masak dulu sat sardin tu..ambik sardin ja tanpa kuah..potong cabai melaka kecik2 bagi pedas, buh sos cili sikit, garam.. hancurkan sardin dan gaul semua sekali..perah asam limau sikit bagi rasa masam2 sikit..last sekali buh mayonis..siap sudah sandwish sardin untuk dimakan..boleh makan dengan roti biasa ataupun dengan roti bakar..





Dah siappp. Mana² sandwish pun semuanya sedap. Ikut mulut kita sedap yang mana. Selamat bersandwish semuaaa..

- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!