Tips/Petua Buat Mereka Yang Ingin Kurangkan Bau Badan

By Zahirah Dzahir - 12/05/2018 04:30:00 PTG

Assalamualaikumm..

Metro Ahad :

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.

Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

 Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.

“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.

“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09

 --------------------

Jom kita share serba sedikit tips kurangkan bau badan..


1) Mandi dengan lebih kerap - Sekurang kurangnya, 2 kali sehari..


2) Cukur/gunting/cabut bulu  ketiak


3) Limau Nipis - 

Gosok ketiak dengan limau nipis yang telah dipotong ketika mandi. Orang-orang lama memang suka guna limau nipis jer kan untuk mandi. Baunya pun sangatlah harum..


4) Keringkan ketiak sekering-keringnya..

Sebaik baiknya, keringkan ketiak sekering-keringnya. Supaya bahagian tu betul2 kering.

5) Deodorant

Elakkan deodorant jenis roll.. Gunakanlah deodorant yg jenis spray atau stick.. Pemakaian deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus. Pemakaian bedak bayi juga membantu untuk mengurangkan bau badan sementara.


6) Jaga Pemakanan

Penjagaan pemakanan sangatlah perlu dititikberatkan. Pemakanan merupakan antara faktor utama yang menyumbang ke arah bau badan. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah rempah ratus dan bawang putih. Selain itu, banyak minum kopi atau minuman berkafein juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak. Bukanlah tidak boleh makan lansung, tetapi kurangkan..


7) Minum banyak air kosong.

Pengambilan air kosong sebanyak 3 liter sehari mampu memperbaiki sistem perkumuhan dalam badan. Jadi, usus dapat menjalankan proses perkumuhan dengan lebih baik. Bila usus berfungsi dengan baik, najis juga akan keluar dari badan setiap hari. Jadi, tidaklah ia berkumpul di dalam usus sahaja. Bila najis sudah dikeluarkan, tidaklah ia menimbulkan bau badan yang keterlaluan.


Kalau korang ada lagi tips yang nak di tambah, boleh komen kat bawah naaa....

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!