Resepi - Brokoli Goreng Cina

By Zahirah Dzahir - 4/25/2015 12:26:00 PTG

Assalamualaikum..

Resepi dari
Resepi Orang Kampung


 
BROKOLI GORENG CINA

Bahan-bahan:

1 pokok brokoli- dipotong setiap kuntum/dahannya.
1 genggam kacang pea-disiang
1/2 biji cili benggala merah-dipotong ikut suka
1/2 biji cili benggala hijau-dipotong ikut suka
10 ekor udang dibuang kulit
5 ulas bawang putih -dicincang halus/tumbuk
10 biji lada hitam ditumbuk
3 sudu sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air garam
gula

Cara:

1. Panaskan air untuk merebus sayur dahulu. Masukkan sedikit minyak dan sedikit garam untuk mengekalkan warna sayur.
2. Bila menggelegak, masukkan kacang pea dulu....selepas satu minit masukkan brokoli. Agak-agak brokoli dah separuh masak, keluarkan sayur dan masukkan dalam air sejuk/air batu. Tinggalkan.
3. Tumiskan bawang putih. Sudah garing masukkan udang. Goreng hingga udang hampir masak.
4. Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau.
5. Masukkan minyak bijan dan air tepung jagung, garam dan gula jika suka.
6. Kacau hingga kuah masak/berkilat, baru dimasukkan cili benggala potong.
7. Tapiskan sayur rebus tadi, masukkan dalam kuah . Kacau sebati..siiiaaaap. Sayur ni lebih sedap kalau kuahnya banyak sikit. 


Selamat mencuba!!!

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!