Lima Pelajar Malaysia Masih Dirawat Di Moscow

By Zahirah Dzahir - 4/25/2015 11:50:00 PG

Assalamualaikum..

Susulan dari kebakaran pengipanan pelajar Malaysia di Moscow yang terbakar. Harap tu semuanya selamat. Berita boleh baca di :-

- Lima pelajar Malaysia masih dirawat di Moscow
- Penginapan pelajar di Moscow terbakar
- 21 pelajar Malaysia di Moscow terlibat kebakaran

KUALA LUMPUR - Seorang lagi daripada enam pelajar Malaysia yang dimasukkan ke Hospital Sklifosovskogo di Moscow, Rusia ekoran kebakaran asrama Rabu lalu telah dibenarkan keluar wad hari ini.

Timbalan Ketua Perwakilan kedutaan Malaysia di Moscow, Francisco Munis berkata, lima lagi pelajar masih menerima rawatan akibat terhidu gas karbon monoksida dan melecur.

"Para pegawai kita masih memantau keadaan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Seramai 21 pelajar Malaysia dari Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia (RNRMU) terperangkap dalam kebakaran asrama pada pukul 11.30 malam (zon waktu Moscow) pada Rabu.

Tujuh daripada mereka dimasukkan ke hospital iaitu Mohannan Pattu, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar Raj, Chen Wei Jun, Naveen Anbalakan, Zainal Nastain dan Sharath Raj.

Seorang daripada mereka telah dibenarkan keluar sebelum ini. Yang lain hanya menerima rawatan pesakit luar. - Bernama

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!